Isu rasuah Pasir Selangor : Selcat takdak kuasa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 21, 2010

Isu rasuah Pasir Selangor : Selcat takdak kuasa?

Ezam semalam dilaporkan puji tindakan MP Kapar dedahkan amalan rasuah dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., tetapi mempertikaikan Menteri Besar Selangor yang merujuk kes kepada Selcat.

Aku cuba nak bersetuju dengan pendapat Ezam tu macam yang MalaysianInsider laporkan:
“Komposisi, kuasa pembentukan dan bidang kuasa Selcat itu sendiri dicabar di Mahkamah Tinggi Shah Alam di mana sekarang ini proses guaman masih berlangsung di Mahkamah dan sepatutnnya atas sikap hormat kepada undang-undang dan perlembagaan serta institusi kehakiman, operasi dan aktiviti Selcat haruslah digantung buat sementara waktu ini,” katanya.

Menulis di blognya hari ini, Ezam mendakwa tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Selcat untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dalam syarikat konsesi pasir tunggal Selangor, Semesta Sdn Bhd, yang didedahkan Manikavasagam, adalah satu tindakan berniat jahat dan salah.

Ezam berkata, tindakan Khalid itu berniat jahat dan salah kerana bercanaggah dengan prinsip ketelusan, bersifat mahu menutup penyelewengan, bertujuan mempengaruhi siasatan tersebut dengan “gundah gujara”, tidak menghormati perlembagaan persekutuan dan tidak menghormati institusi kehakiman. - MalaysianInsider
Tapi aku lebih suka untuk tak bersetuju pasai daripada serahkan kepada SPRM untuk siasat beribu kali lebih baik diserahkan kepada Selcat. Sekurang-kurangnya akan ada ' Pendengaran awam' yang tentunya lebih telus, beribu kali lebih telus dari SPRM yang menang terang-terang bertindak sebagai 'Kelab Penyokong Umno BN' terutamanya dalam kes-kes yang ada sangkut paut dengan orang politik.

Tapinya, yang aku mushkil bila Malaysiakini melaporkan:
Sementara itu, Haniza yang juga ADUN Kampung Medan menegaskan, fungsi Selcat bukan untuk menyiasat amalan rasuah yang dilakukan oleh individu tertentu.

"Sebenarnya, kami menyiasat sistem kerajaan yang membawa kepada ketidakcekapan yang berlaku supaya kami boleh kenalpasti mana-mana kelemahan yang ada di dalam sistem kerajaan negeri untuk diperbaiki," katanya yang juga timbalan speaker Selangor.- Malaysiakini

Nota kaki makan cekam:  Aku jadi semakin tak faham, adakah kenyataan ni ada sangkut paut dengan khabar angin yang kata ada desakan dari orang PKR yang nak Khalid Ibrahim letak jawatan?

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...