Nak ambik paham cakap orang politik ni terutamanya orang Umno cukup senang. Kalau depa sungguh-sungguh nafikan tu biasanya benda yang benar.
Tambah-tambah spesis berudu ni, bukan aku nak tuduh depa berempat tu berudu walaupun mungkin ada ciri-ciri. Tapi boleh kata semua yang melompat keluar tu, pernah buat penafian. Bukan takat nafi gitu-gitu ja, dengan cerita siap ada yang nafi bersumpah lagi, tapi akhirnya depalompat jugak.
Satu lagi semalam bila Mukhris buat kenyataan "BN ikrar rampas Kedah dengan cara bermaruah" aku yakin memang ada usaha bersungguh-sungguh pihak Umno nak beli Adun Pakatan Rakyat.
Walaupun kalau tengok realiti dok ada, nampak macam mustahil depa-depa akan melompat. Kalau fikir logik, untuk apa lagi 3 Adun dari PKR tu melompat sedangkan depa pegang jawatan Exco. Nak apa lagi?
Tapi bila fikir balik yang depa tu ahli politik, tak mustahil depa setuju melonpat kalau ada habuan macam-macam termasuk depa akan jadi Exco jugak bila bertukar kerajaan.
Tambah-tambah lagi bila lesen judi bola diluluskan kepada anak syarikat Berjaya Group. Aku yakin lesen tu diluluskan dengan janji dana yang cukup besar untuk Umno. Makna kata, berapa ja yang depa mintak Umno mampu tunaikan. Silap-silap Adun Pas pun mungkin ada yang gelapmata sat kalau tengok nilai yang Umno mampu tawarkan.
Ditambah pulak lagi dengan suasana la ni yang semacam jadi satu trend orang PKR lompat keluar parti dengan alasan yang sama. Apa sangat lagi kalau tambah lagi 3 orang Adun lompat keluar PKR. Nak kata depa penyebab kerajaan Kedah jatuh pun tak berapa nak kena pasai kerajaan yang depa sokong tak jatuh, cuma bertukar tuan ja.
Jadinya, kalaupun Ust Azizan dan Pas Kedah yakin penuh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tak goyang, aku harap sangat persediaan untuk hadapi kemungkinan pilihanraya seluruh Kedah dah pun berjalan.
Yang paling aku risau sekali bab yang bersangkut daftar pemilih. (Ada ka kerja pilihanraya yang tak sangkut dengan daftar pemilih?) Aku harap Pas Kedah dah beli Daftar Pemilih Induk 2009, supaya jentera di peringkat bawah bekerja menggunakan data yang terkni.Tak mahal mana pun, untuk seluruh kedah kalau tak silap aku tak sampai pun RM4,000.00
Yang sikit menggembirakan, bila tengok pengundi baru yang berjaya Pas Kedah daftarkan. Sepanjang tahun 2009 Pas Kedah berjaya daftarkan 3,916 pengundi baru. Walaupun mungkin tak cukup tapi kira ok la pasai Umno Kedah daftarkan cuma 2158 pengundi baru saja,
Kalau ada Pilihanraya seluruh Kedah nak buat macamana, rasanya ramai ahli dan penyokong Pas di Kedah seronok, tapi aku harap sangat la jangan jadi macam Perak. Kesian kat Ustaz Azizan, nak kena ulang panjat mahkamah, lepas satu, satu mahkamah kena panjat.
Tapi, aku yakin Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah akan mampu bertahan sampai pilihanraya umum akan datang.
Nota kaki
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10