ADUN Kerdau Dipindah Ke Wad Biasa Di IJN22 Mei, 2010 22:32 PM, Bernama melaporkan:
TEMERLOH, 22 Mei (Bernama) -- Kesihatan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim bertambah pulih dan beliau telah pun dikeluarkan dari unit rawatan rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).
Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin, 63, dipindahkan ke wad biasa di IJN sejak Rabu lepas dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Beliau bukan sahaja sudah boleh berkomunikasi dan bergurau senda dengan rakan-rakan dan pelawat dengan baik, malah sudah boleh memakan makanan biasa yang lembut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada hari Sabtu.
Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lepas setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lepas setelah mengadu sakit di bahagian perut. - Bernama
ADUN Kerdau Kembali Kritikal23 Mei, 2010 15:39 PM, Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lepas kini kembali kritikal.
Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin, 63, tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat kira-kira pukul 6 pagi.
"Saya dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang beliau tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat untuk diberi ubat. Saya difahamkan, kemungkinan beliau mengalami strok dan dia kini dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata anggota keluarga Zaharuddin diminta datang ke hospital oleh doktor yang merawatnya kerana beliau berada dalam keadaan koma, dan doktor turut memaklumkan bahawa keadaan jantung serta paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah, dan beliau memerlukan perhatian serius.
Zaharuddin dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh pada 3 April lalu untuk menjalani pembedahan ulser usus setelah mengadu sakit di bahagian perut sebelum dirujuk ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya. - Bernama
ADUN Kerdau StabilMoga-moga beliau kembali sembuh, dan boleh segera jalankan amanah pengundi kat sana.
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau, Pahang Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) di sini, berada dalam keadaan stabil.
Jurucakap IJN ketika dihubungi Bernama pada hari Ahad berkata Zaharuddin, yang dimasukkan semula ke CCU sejak semalam, kini stabil. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Zaharuddin, 63, sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan.
Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung sebelum memindahkannya ke IJN pada 9 Mei lepas.
Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata beliau dimaklumkan oleh seorang anggota keluarga Zaharuddin bahawa Adun Kerdau itu telah menunjukkan tindak balas ketika diperiksa oleh doktor malam semalam.
Tinjauan Bernama ke CCU mendapati beberapa anggota keluarga dan saudara mara terdekat Zaharuddin memenuhi kawasan di luar perkarangan unit itu pagi tadi.
Mereka bagaimanapun enggan ditemu bual. - Bernama
Walau macamana pun, aku harap Pas Kuala Kerau tidak lagi tidur.
Aku harap PAS Kuala Kerau dah pun ada Daftar Pemilih Induk 2009 dengan tambahan terkini sampai Mac 2010.
Aku harap, MTD Kerdau dah banyak kali bermesyuarat.
Aku harap bilik gerakan semua Upu dalam MTD Kerdau dah pun bukak dan bergerak aktif.
Aku harap JPN Pas Pahang dah banyak kali turun melawat Kerdau, takat tengok googlemaps tak jadi.
Cumanya aku kurang pasti, apa cerita bekas calon PAS Dun Kerdau, Hassanuddin Salim.
View Larger Map
Untuk rekod:
Nota kaki
N28 KERDAU
Jumlah Pengundi: 8,451
Peratusan Kaum: M: 89.04% C:5.62% I: 3.59% L: 1.75 %
1. Zaharuddin Abu Kassim (BN) (4,135)
2. Hassanuddin Salim (Pas) (2,520)
Majoriti: 1,615
Jumlah undi: 6,777
Peratus mengundi: 80.19%
Undi rosak: 122
Penyandang: Redzwan Harun (BN)
(Majoriti: 2,565 undi)
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10