Tan Wei Shu vs Johari | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 17, 2010

Tan Wei Shu vs Johari

Sumber: lenasgiftgallery
Dengan melompatnya Tan Wei Shu keluar dari PKR, nampak gayanya PKR semacam masih menbenarkan persekitaran yang sesuai untuk 'penghidupan' seekor berudu yang mungkin tertunggu-tunggu peluang nak bertukar jadi katak.


Beberapa hari lepas Sinar Harian melaporkan:
ALOR SETAR - Hari ini adalah hari terakhir daripada tempoh lima hari yang diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu kepada Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Ahmad Kassim dan Ketua Cabang PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadapnya.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Wei Shu berkata, jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan menimbang untuk keluar parti.

Ketika dihubungi lewat petang semalam, bekas Exco Kerajaan Kedah yang baru digugurkan 10 Mac lalu itu berkata, kedua-duanya masih belum berbuat sebagaimana yang dituntut.

“Belum ada pernyataan minta maaf daripada mereka, kita tunggulah,” katanya.

Wei Shu sebelum ini menyatakan sudah tidak ‘sebulu’ dengan kepimpinan PKR negeri selain turut mengakui hubungannya dengan Ahmad sememangnya bermasalah kerana beranggapan Ahli Parlimen Kuala Kedah itu bersikap berat sebelah dan mengamalkan sikap ‘pilih kasih’ apabila hanya mendengar kata-kata segelintir pemimpin tertentu sahaja.

Ini dipercayai berkaitan dengan tuduhan beliau ‘tidak buat kerja’ yang dikatakan menjadi punca digugurkan daripada barisan baru Exco Kerajaan Negeri.

Ahmad sebelum ini pernah melabel Wei Shu sebagai ahli politik kecewa dan mencabar wakil rakyat itu bertanding merebut jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Petani yang kini disandang Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

Dalam pada itu, kata Wei Shu, beliau masih menunggu keputusan PKR berhubung kemelut yang melanda dirinya dengan kepimpinan PKR negeri.

Menurutnya, beliau bersedia menerima apa jua keputusan parti, termasuk dikenakan tindakan disiplin kerana kelantangannya mengkritik kepimpinan PKR sejak beberapa minggu lalu.

“Saya kini menunggu keputusan daripada ibu pejabat PKR yang sedang meneliti kes saya. Setahu saya, mereka masih berbincang mengenainya dan sehingga semalam, belum ada keputusan dibuat,” katanya.

Wei Shu turut enggan membuat kenyataan berhubung isu itu selagi belum mendapat keputusan.

“Lebih baik saya tidak buat kenyataan lagi kerana kes ini masih diteliti. Selepas keputusan diberikan kepada saya, saya akan umumkan pendirian saya terhadap parti,” katanya.- SinarHarian
Sebelum tu NST ada melaporkan:
KUALA LUMPUR: Sungai Petani member of parliament Datuk Johari Abdul will not apologise to his Parti Keadilan Rakyat comrade and Bakar Arang (Kedah) state assemblyman Tan Wei Shu as the latter's allegations against him are baseless.





Johari told the New Straits Times yesterday that he would give Tan enough time to compose himself after being dropped from the influential state executive council.

Johari said there was no reason why he should apologise to Tan, who was dropped from the Pas-dominated state executive council on March 10, as the latter had not provided evidence for saying that he (Johari) had tarnished his image.

"If he (Tan) has proof of my (negative) statements against him, present them and then we can talk about it. It is just like a court trial, if you say I had hit you on the head, you have to provide the date, time and place of the alleged incident.

"You cannot simply make general statements," Johari said when contacted yesterday.

He added that he would give Tan the benefit of the doubt and some time for the first term assemblyman to "adjust himself" after being dropped as an state executive council member.
Tan had recently accused Johari of spreading lies about him and tarnishing his image as an elected representative, saying that he (Tan) had not lived up to PKR supremo Datuk Seri Anwar Ibrahim's expectations and that of the people in his constituency, which led to his eventual exclusion from the state executive council. - NST Online

 

 Apakah tidak relevan usul yang aku cadangkan kat sini untuk pastikan semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat jaga semua wakil rakyat depa.   ⊗

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...