SPR memang sah 'Kelab Penyokong' Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 20, 2010

SPR memang sah 'Kelab Penyokong' Umno

Aku tak sangka sebenarnya isu pindah pengundi ni isu besar. Maksud aku berdasarkan apa yang dilaporkan MalaysianInsider hari tu, takdak pulak Fuzian Salleh sebut ada pengundi yang dipindahkan pusat mengundi tu melibatkan pertukaran kawasan pilihanraya dari Hulu Selangor ke Selayang.

Kalau ikut laporan tu, perpindahan tu hanya melibatkan pusat mengundi di dalam kawasan pilihanraya berkenaan saja. Langsung tak timbul pasai kaitan dengan parlimen Selayang.

Dalam usaha nak menjawab, Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR sendiri mengesahkan yang memang ada pengundi yang dipindahkan keluar dari parlimen Hulu Selangor ke parlimen Selayang

Berita Harian antara lain melaporkan:
Beliau berkata, seramai 228 orang pengundi yang sebelum ini menjadi pengundi di Hulu Selangor ditukarkan kepada Parlimen Selayang juga dilakukan bagi tujuan yang sama.
"Dengan itu, jumlah pengundi akan berkurangan iaitu dari enam saluran semasa pilihan raya umum ke-12 kepada tiga saluran setiap satu kawasan sebagai keselesaan untuk pengundi," katanya. - Bharian
Kalau takat tukar tempat mengundi di dalam kawasan pilihanraya DUN aku rasa sapa pun tak sepatutnya marah, tambah pulak kalau menang betul-betul untuk 'keselesaan pengundi'.

Tapi kalau perpindahan oleh SPR tu melibatkan perubahan kawasan DUN pada aku memang sangat tak patut, tambah-tambah lagi la kalau melibatkan perubahan kawasan parlimen, menang sangat-sangat tak patut.

Lagi pun sefaham aku, kalau melibatkan sempadan DUN kena dapat pengesahan Sidang DUN, begitu jugak kalau melibatkan sempadan Parlimen kena dapat pengesahan sidang Parlimen. Dalam ayat lain, kalau nak buat 'Persempadanan Semula' mana boleh SPR pandai-pandai buat keputusan sendiri.

Kalaupun memang betul SPR nak berlagak jadi 'Kelab Penyokong  Umno BN pun, jangan la sampai undang-undang dan peraturan pun dilanggar sesuka hati. 

Aku rasa pihak guaman Pakatan Rakyat kena teliti hal ni. Pada aku memang patut sangat SPR disaman di mahkamah kalau betul SPR mencabuk kuasa Sidang DUN atau SIdang Parlimen. Mana tau, masih ada hakim yang berani macam hakim.  ⊗

Berkaitan
 Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis Jom join pay per click pertama Malaysia Baca Email dapat cash Media Pengiklanan Baru Affiliates domain. $0.10 USD for every referal Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...