Lagi berudu jadi katak... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 16, 2010

Lagi berudu jadi katak...

Semalam, sah akhirnya Adun Bakar Arang yang jugak bekas Exco Kedah mengumumkan keluar dari PKR. Pengumuman tu Tan Wei Shu, buat semasa sidang media khas dia di Kuala Lumpur.

Antara lain, dia kata masa sidang media yang dia tu:
"Kebanyakan pemimpin dalam parti bersikap 'kacang lupakan kulit', ini bukan saya.

"Beberapa minggu lalu saya menunggu pemimpin parti utk meminta maaf pada saya dalam semua media atas tuduhan yang bukan-bukan ke ats saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, beliau berpegang kepada prinsip dan tidak boleh bekerja dengan pemimpin yang tidak mengaku salah dan pandai bermuka-muka.

"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai, tapi yang saya pandai, boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat...itu saja saya tahu.

"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain bermuka dua dan lidah bercabang,” katanya ketika membacakan kenyataan akhbar dua muka surat. - mStar
Malaysiakini pulak melaporkan:
Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah yang digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu.

Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.


Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu diambil kerana "dipermainkan oleh pemimpin parti demi kepentingan individu tertentu".

"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai.

"Tetapi yang saya pandai, (sama ada) boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat. Itu saja saya tahu.

"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain (yang) bermuka dua dan lidah bercabang," katanya sambil membacakan kenyataan yang disediakan lebih awal. - Malaysiakini
Aku masih mencari-cari kenyataan atau komen dari pimpinan PKR berkenaan dengan tindakan Tan ni tapi tak jumpa, mungkin aku terlepas pandang kut...      ⊗

Nota kaki makan cekam:  Mungkin musim PRK ni musin yang sesuai untuk jadi katak dan melompat...  :D

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...