Kontrak Apco 77 juta setahun, modai air liur jaa... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 13, 2010

Kontrak Apco 77 juta setahun, modai air liur jaa...

Kalau tak silap faham aku, kerja-kerja yang Apco ni kena cuma guna modai air liur ja. Memang untung besar laa, untuk khidmat nasihat ja boleh dapat 77 juta. Bukan macam projek pembangunan, atau projek membekal, margin untung berapa sangat, takkan sampai 50%, tapi projek untuk Apco tolak 'overhead' yang lain semua untung. Silap² untung boleh lebih 90%.

Dan yang paling penting kita kena tanya, agak² berapa persen 'tuan penasihat' untuk projek tu boleh dapat. Takkan tak boleh dapat 25%, tara penasihat Sadeq Sigaraga, si Kassim Patalon pun boleh dapat 25%. Memang kaya laa sapa yang 'bawak masuk' Apco tuu...

Malaysiakini melaporkan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.

Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.

"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."
Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.

"Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis. - Malaysiakini  ⊗

Nota kaki makan cekam:  Jual orang lagi untung dari jual unta.. jual negara lagi la untung.... WOW!!!   :))


Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...