Isu katak: Cuba bayangkan kalau.... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 20, 2010

Isu katak: Cuba bayangkan kalau....

Kira nasib baik jugak la PRK pilih Zaid Ibrahim jadi calon, nasib baik depa tak pilih Dr. Halili jadi calon walaupun katanya nama Dr.Halili tu termasuk dalam senarai pendek.

Kalau la Dr. Halili yang dipilih jadi calon hari tu, memang cukup gempar la. Aku tak sanggup nak bayangkan tajuk-tajuk macam
  • CALON PKR DITOLAK PENCALONAN
  • KAMALANATHAN MENANG TANPA BERTANDING
  • "CALON PKR TARIK DIRI"

Aku bukan la nak buat tuduhan, tapi cuma sekadar andaian. Kalau dia boleh keluar dalam keadaan macam ni, apa jaminan yang dia tak keluar kalau nama dia yang naik jadi calon hari tu.

Malaysiakini antara lain melaporkan:

"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.
"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."
Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihan raya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yam, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya. - Malaysiakini

Kira-kira mangkuk jugak la Dr. sorang ni. Aku tak faham macamana dia boleh pulak belasah PKR pasai "tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor" sedangkan dia sendiri adalah Bendahari PKR cabang Hulu Selangor. Apa dia buat selama ni?    ⊗

Nota kaki makan cekam:  Kalau la jadi macam tu, memang 'seronok' la aku belasah PKR, memang kaw-kaw punya la PKR  kena belasah.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...