PAS tidak perlu Zulkifli - Mahfuz | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 08, 2010

PAS tidak perlu Zulkifli - Mahfuz

Sumber gambar: pinkturtle
Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih kat wartawan harakahdaily, Dzulfikar Mashoor yang bertindak pantas. Hasilnya keluar berita macam kat bawah ni.
SHAH ALAM, 7 Mac: “Mungkin dia (Tuan Ibrahim) berniat dakwah, tapi saya anggap kenyataan itu masih bersifat peribadi yang tidak perlu dipolemikkan,” kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS petang tadi selepas menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor.

Sehubungan itu, Mahfuz berkata, keterbukaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

Menurut Mahfuz, PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama," jelasnya.

Sekiranya PAS menerima Zulkifli, Mahfuz berkata, PAS boleh dilihat tidak menghormati ketetapan berupa disiplin yang ditetapkan oleh PKR sendiri.

Ini kerana, dengan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS, menurut Mahfuz boleh mengakibatkan isu disiplin yang dialami oleh PKR mungkin berpindah pada PAS pula.

"Selepas PKR, mungkin PAS pula berdepan dengan ahli-ahli yang tidak disiplin, yang akhirnya tidak juga menyelesai masalah pokok (disiplin) dalam Pakatan Rakyat sendiri.

“Orang yang tidak ada disiplin dalam parti kawan kita, tiba-tiba kita (PAS) pula atas nama 'terbuka' nak ambil orang itu masuk ke dalam parti kita,” jelasnya.
Sekiranya Zulkifli dibawa menyertai PAS, Mahfuz menjangkakan bahawa PAS sendiri bakal dilihat serong oleh para pemimpin Pakatan Rakyat serta rakyat sendiri. - harakahdaily
Nota kaki makan cekam :  Kalau boleh bawak mesyuarat la dulu benda-benda besar macam ni. Mesyuarat kecil-kecilan pun tak pa. Mesyuarat guna telefon pun takpa. Letih la kalau selalu macam ni.




Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...