Tokoh Ulama Kelantan Sokong Harussani | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 08, 2010

Tokoh Ulama Kelantan Sokong Harussani

Allahyarham TG Haji Lah Pondok Lubuk Tapah
bersama pimpinan Pas mengiringi calon
PAS PRK Pengkalan Pasir. Sumber: ibnuqalil
Bernama melaporkan:
Tokoh ulama terkenal Kelantan, Abdullah Saamah, mahu umat Islam melihat kenyataan oleh pemimpin agama, termasuk mufti yang dilantik kerajaan, dalam konteks yang lebih luas dan bukan melihat dari sudut politik sahaja.

Abdullah, yang juga pengetua sekolah pondok, Madrasah Al-Najmiah Tebing, Pengkalan Kubor di sini, berkata menjadi tanggungjawab seseorang ulama menyampaikan ajarannya berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang ada walaupun ia dilihat lebih condong kepada parti pemerintah.

Menurutnya anggapan pihak tertentu kononnya ulama yang menyokong kerajaan sebagai ejen sesebuah parti politik adalah tidak wajar dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenarnya.

Beliau menyokong kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang dilihatnya lebih menjurus ke arah perpaduan umat Islam walaupun tidak disenangi parti pembangkang.

"Saya menyokong pandangan Mufti Perak itu kerana dia bercakap berasaskan kepada kebenaran mengikut ajaran Islam dan bukannya berpihak kepada sesebuah parti politik," katanya. - bernama
Nota kaki makan cekam: Agak-agak apa kata pengetua pondok-pondok lain yang becambah kat Kelantan tu. Kalau dibuat 'rangking' tokoh ulama pondok' Kelantan, agak-agak pengetua Madrasah An-Najmiah tu duduk di tangga nombor berapa.


Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...