Kenyataan Nik Aziz Rendahkan Mufti - Jamil Khir | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 08, 2010

Kenyataan Nik Aziz Rendahkan Mufti - Jamil Khir

Sumber gambar: mStar
Bernama melaporkan:
ROMPIN, 8 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mufti sebagai agen UMNO adalah satu cubaan merendah-rendahkan golongan itu di negara ini.

Beliau berkata kenyataan itu membawa persepsi buruk yang boleh menjejaskan kredibiliti mufti di negara ini yang pelantikannya diperkenan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu.

"Kalau mufti bercakap sesuatu yang tidak memihak kepada parti pembangkang, mengapa mereka dituduh sebagai agen UMNO?

"Apakah mufti tidak boleh bercakap soal politik, soal bangsa dan negara, atau perkara yang berkaitan perpaduan dan keutuhan ummah?," katanya kepada selepas berjumpa dengan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daerah Rompin, di sini Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang dilapor menyifatkan Mufti Perak sebagai agen Umno kerana mempersoalkan keengganan Nik Abdul Abdul Aziz menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) Perak bagi mendapatkan sokongan orang Melayu.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata pelantikan mufti adalah di bawah bidang kuasa Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu, bukan UMNO.

Bidang tugas mufti juga kata beliau membenarkan mereka berbicara soal berkaitan bangsa dan politik, selain soal agama tanpa mengira fahaman politik.

"Saya lihat kenyataan Mursyidul Am PAS itu sebagai satu persepsi yang tidak betul," kata Jamil Khir. - Bernama
Nota kali makan cekam:  Betui ka Nik Aziz merendahkan martabat mufti atau mufti tu sendiri yang merendahkan martabat dia? Pasainya kerja buat dia macam di pulak jadi balaci Umno.  Mempertahankan assobiah sempit bangsa "Umnoputera".





Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...