PRK Kota Seputih - jentera Pas semakin mantap | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 31, 2010

PRK Kota Seputih - jentera Pas semakin mantap

Nampak gayanya persediaan Pas untuk PRK Kota Seputih semakin rancak.  Harakah cetak melaporkan yang Pas Kedah dan buat Majlis Taakhi PRK Kota Seputih di Markas Pas Masjid Paya, 20 Mac lepas.

Apa benda Majlis Taakhi aku pun tak tau tapi Pusat Khidmat Adun Ayer Hitam:

JPN Kedah telah menganjurkan Majlis Taakhi iaitu usaha menjalin hubungan dan kerjasama antara jentera pilihanraya PAS Kawasan-Kawasan seluruh Kedah dengan 17 UPU dalam DUN Kota Siputeh. - PKWR Dun Ayer Hitam
Memang cantik sangat la buat program macam tu awai-awai. Pasainya boleh kata tiap-tiap kali PRK masalah 'kerjasama' antara jentera tempatan dengan jentera bantuan dari luar memanjang ada. Jentera tempatan dengan sentimen 'kami tau kampung kami' dan jentera luar dengan sentimen 'kami berpengalaman dengan banyak dah PRK' memang selalu sangat bertmbung.

Pengalaman aku sendiri di PRK Pendang, jentera Pas Parit Buntar betui-betui boleh menyumbang selepas 4 hari bertugas. Pengalaman di Permatang Pasir, jentera Perak bertugas di bawah keupayaan sebenar. Pengalaman di Kuala Terengganu jentera luar bergerak berasingan dari jentera tempatan. Cuma pengalaman di Bukit Gantang saja yang jentera Parit Buntar bertanggungjawab penuh pasai entera tempatan hampir-hampit takdak.

Bila dah buat 'Majlis Taakhi' ni awai, kedua-dua belah pihak boleh kenal pasti dan menyelesaikan apa-apa  masalah lebih awal dan banyak aktiviti kempen dah boleh bergerak dengan perancangan lebih rapi.

Aku yakin bila dah sampai waktu tempoh kempen, jentera dah boleh bergerak 'full swing'. Cuma tunggu Umno BN melalui SPR yang juga 'kelab penyokong depa' untuk bagi tarikh saja.

Insyaallah, dengan persediaan lebih awal macam ni, takdak sebab untuk Pas yakin boleh merampas kerusi Dun Kota Seputih. ⊗



Nota kaki makan cekam:  Tu cerita di Kota Seputih, cerita di Hulu Selangor macamana? Mungkin PKR nak tiru DAP kut, tak payah ada jentera pun takpa, boleh menang besar jugak.

Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...