Kalau sebelum-sebelum ni, undi Orang Asli ni boleh kira macam 'fixed deposit' untuk BN tapi nampak gayanya PRU13 dah tak lagi. Silap-silap jadi macam undi orang India masa PRU12 dulu. Mampuih Umno!!
Malaysiakini melaporkan:
Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.Depa ingat dengan geng Orang Asli ni boleh la buat main-main, lencongkan ke "sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri". Rupa-rupanya separuh ja yang pi situ, yang lagi separuh terus berhimpun di Putrajaya Silap besar la kalau depa anggap Orang Asli ni penakut, bodoh ataupun jakun.
Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.
Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.
Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.
Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu. - Malaysiakini
Akhirnya kira-kira 2.30 petang depa berjaya jugak menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri yang diterima oleh pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim. Satu lagi memorandum dihantar kepada Shafie Apdal.
Yang paling celaka sekali, komen dari Shafie Apdal, memang betui-betui dia ni anggap depa tu jakun sangat. Sambil tersenyum berkata:
mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan.'
“ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati” |
“ Jangan Hapuskan Akta Kami” |
“Iktirafkan Wilayah Adat Kami” |
Sumber gambar: Malaysiakini |
Nota kaki
Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10