MB Kedah masih sekadar menyalahkan Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 29, 2010

MB Kedah masih sekadar menyalahkan Umno?

Bukan la aku nak kata semua masalah berkaitan air di Kedah bukan salah Umno, bahkan semua orang tau yang semua tu adalah akibat salah urustadbir Umno BN. Tak kira la pasai rasuah ka, pasai penyelewengan ka atau  memang pasai tak reti buat kerja. Memang sah salah Umno.

Tapinya, dengan semata-mata menyalahkan Umno aku tak nampak boleh selesai masalah. Mungkin la boleh nak memperbetulkan persepsi rakyat, mungkin la boleh sikit sebanyak menjaga sokongan rakyat kepada Kerajaan negeri. Tapinya, masalah air boleh selesai ka?

Sinar harian melaporkan:

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) didakwa gagal menguruskan sistem air dengan baik ketika memegang tampuk pemerintahan di Kedah, sehingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dakwaan sebelum ini yang mengaitkan kegagalan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah gangguan air adalah tidak benar, sebaliknya segala permasalahan itu berpunca daripada kelemahan pengurusan air oleh BN.

“Kerajaan BN dahulu yang gagal membaiki paip-paip lama yang pecah, apabila kita ambil alih Kedah, kita pula yang terpaksa baiki. Termasuklah tanggung hutang perjanjian air yang merugikan yang dibuat ketika mereka memerintah,” katanya.

Azizan berkata, berikutan itu, Kerajaan Negeri kini sedang membuat penilaian semula terhadap perjanjian air lama yang tidak menguntungkan, antaranya sistem penswastaan air di Langkawi.

“Perjanjian itu menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membayar sebanyak RM38 juta kepada syarikat itu sedangkan kutipan hanya sekitar RM14 juta. Ini menunjukkan BN gagal menguruskan sistem air sebelum ini,” katanya. - SinarHarian
Aku harap kalau boleh, pihak-pihak yang berkaitan cuba la cerita apa sebenarnya usaha yang tela Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dah buat untuk menyelesaikan masalah air di Kedah ni untuk jangka masa panjang.


Tolong la kesian sama kat pimpinan akar umbi yang terpaksa menghadapi  persoalan dari rakyat dikawasan depa tapi depa tak mampu nak bagi jawapan yang memuaskan. Boleh la kalau setakat nak jawab, tapi untuk apa kalau jawapan yang depa bagi tu depa sendiri pun tak berapa nak puas hati.

Paling kurang pun kalau boleh senaraikan apa projek yang dah SADA buat untuk menyelesaikan masalah air kat Kedah pun ok aku rasa. Macam contoh yang kat bawah ni.  ⊗



Nota kaki makan cekam:  Masalahnya banyak ka yang dah SADA buat? Takkan takat ganti 'sluice valve' boleh selesai masalah air?

Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...