Makmal Patologi hospital kerajaan diambil alih syarikat RM2? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 30, 2010

Makmal Patologi hospital kerajaan diambil alih syarikat RM2?

Aku harap sangat ada usaha bersungguh-sunggu untuk menghalang usaha ni. Usaha ni tak ubah macam merompak di siang hari. Atas nama 'projek penswastaan' satu syarikat ditubuhkan oleh kroni seseorang untuk dapat satu bisness mudah. Bisness yang dah tentu-tentu tak boleh rugi punya.

Ada 2 persoalan utama kat sini.

Pertama. Apa perlunya Makmal patologi tu diswastakan. Awat teruk sangat ka pengurusan makmal patologi di seluruh negara selama ni. Kalau betui memang teruk, takkan takdak cara nak boleh bagi ok balik. Tapinya aku rasa bukan masalah pengurusan teruk. Sebab yang paling tepat adalah kerana makmal ni memang boleh buat untung mudah.

Nak susah apa, kalau pesakit yang memerlukan khidmat tak boleh bayar pun, itu urusan antara pesakit dengan hospital. "Syarikat keparat' tu tentunya hanya akan 'berniaga' dengan hospital dan setiap perkhidmatan perlu dibayar.

Kedua. Kalau memang patut diswastakan, kenapa pulak perlu dibagi kepada satu syarikat RM2. Sapa punya syarikat tu. Apa lebih dia sampai dia layak ambik alih makmal tu. Pasai apa kerajaan sendiri tak tubuhkan satu syarikat melalui Kementerian Kewangan contohnya.

Ataupun mungkin lebih sesuai kalau cari mana-mana syarikat yang dah lama dalam 'bisness' berkenaan dan ada 'track record' untuk ambil alih.
CADANGAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menswastakan semua makmal patologi di hospital-hospital awam tempatan pada Syarikat Akar Mulia Sendirian Berhad dipersoal.

Berdasarkan makluman rasmi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa syarikat tersebut didaftarkan dengan RM2 seca ra segera supaya boleh mendapatkan tender penswastaan dari Kementerian.

Bercakap di lobi Parlimen petang tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meminta Kementerian menafikan dakwaan-dakwaannya itu.

Ini kerana, menurut beliau, syarikat tersebut telahpun menyertai satu mesyuarat rasmi di kementerian terbabit sendiri pada 17 Julai tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, kementerian sekali lagi mengadakan mesyuarat eksklusif rasmi bersama-sama syarikat tersebut pada 25 Mac baru-baru ini supaya langkah penswastaan itu direalisasikan. - Zainulfaqar
Apa pun, kalau jadi penswastaan ni yang akan jadi mangsa adalah rakyat karhaen. Mana pernah terjadi, lepas pengswastaan charge yang dikenakan berkurang, mesti naik punya. Jom kita sama panaskan isu ni, kalau perlu buat demo ke Parlimen.

Nota kaki makan cekam:  Tapi aku rasa tentu Kementerian kesihatan nafikan punya. Kan ka PRK Hulu Selangor dah tak lama lagi, takkan depa sanggup saja-saja nak bagi satu peluru baru untuk Pakatan Rakyat kut?

Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...