Agong nak tala kat sapa sebenarnya ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 15, 2010

Agong nak tala kat sapa sebenarnya ni?

Malaysiakini melaporkan:
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita baginda terhadap pengabaian kebebasan yang dilakukan oleh media baru pada ucapannya ketika merasmikan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 .

Seri Paduka berititah “fitnah, pembohongan dan pemesongan fakta masih berterusan” dengan rujukan terhadap kandungan media baru.

“Semua pihak yang terlibat perlu sedari, tiada agama yang merestui tindakan sedemikian. Kami menggesa mereka supaya menghentikan segera perbuatan itu,” titah baginda.

Tuanku Mizan juga mahu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang bertanggung-jawab tetapi tidak menamakan pihak berkenaan.

Selain amaran kepada media baru, baginda juga meningatkan semua pihak agar tidak menyalah- gunakan kebebasan bersuara.

“Kebebasan bersuara adalah ciri demokrasi dan masyarakat yang matang. Bagaimanapun kebebasan itu bukan alasan bagi mana-mana pihak untuk memburukkan pihak yang lain sehingga meniupkan sentimen perkauman dan mencetuskan konflik,” titah baginda lagi. - Malaysiakini
Pada aku statement Agong ni sangat neutral, kalau pihak penyokong kerajaan yang baca memang nampak macam nak tala kat pembangkang tapi kalau geng Media baru baca tanpa prejudis, statement tu hanya sekadar ingatan dari orang yang duduk di atas undang-undang.

Cumanya dengan realiti semasa Umno BN yang memegang kuasa, semua yang 'neutral' tu tak mungkin akan jadi neutral. Tak mustahil lepas ni akan ada pulak yang akan didakwa "menentang Yang Dipertua Agung".

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...