Rang Daftar Pemilih datang lagi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 22, 2010

Rang Daftar Pemilih datang lagi

Macam biasa, empat kali setahun Masa untuk semakan Rang Daftar Pemilih datang lagi, kali ni untuk suku ke-4 tahun 2009 yang dibuka untuk semakan mulai 20 Jan - 26 Jan 2009. Sebagai peringatan, rang daftar ni adalah untuk tempoh pendaftaran dari 1 Oktober hingga 31 Disembar 2009.

Jadinya sapa-sapa yang mendaftar masa tu, tak kira la, mendaftar sebagai pengundi baru ka atau nak ubah tempat mengundi, ada baiknya buat semakan nama. Terutama sekali yang buat pendaftaran melalui ejen-ejen.

Takut-takut walaupun dah mendaftar tapi nama tak masuk. Kalau jadi macam tu memang kerja sia-sia la. Untuk pastikan nama tu masuk kena semak laa..

Untuk memudahkan,  boleh buat semakan kat sini. Untuk makluman, link tu hanya untuk SEMAK DAFTAR RANG SAHAJA. Untuk semak nama di DAFTAR PENUH pi cari sendiri kat web spr.

Kalau bila disemak didapati nama anda takdak dalam tu, kena buat proses "TUNTUTAN". Proses ni kena buat sendiri, boleh pi cari borang kat Pejabat Daerah atau lagi baik kalau boleh pi terus ke Pejabat SPR. Jangan lupa bawak salinan kuning sebagai bukti pendaftaran.

Untuk Penolong Pendaftar yang mewakili parti-parti Pakatan Rakyat, jangan lupa pulak tugas seterusnya. Hangpa kena semak nama natu persatu, kena pastikan setiap borang yang hangpa isi tu masuk dalam senarai. Kalau tak masuk kena pastikan pasai apa tak masuk, sebaiknya kena tolong penama tu  buat TUNTUTAN.

Lagi satu, dan yang paling penting, pihak-pihak yang berkenaan di MTD kena pastikan Daftar rang tu di semak di UPU dan Lokaliti, jangan sampai ada 'pengundi hantu' boleh menyelinap masuk. Kalau ada 'suspek' kena buat proses "BANTAHAN" selewat-lewatnya pada 26 JANUARI 2009.

Benda ni kalau tanya aku, aku akan kata benda ni WAJIB DINUAT!!! Cumanya aku taktau setakat mana benda ni dibuat. ?

Insyaallah, kalau aku rajin, lepas ni aku mungkin akan buat sikit analisa Rang Daftar Pemilih untuk negeri Perak, kalau rajin laa..., kalau malas aku takat sent table analisa tu ke Pas Perak aja laa..

Berkenaan

Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...