Sekejap tadi sabtu mlm ahad 23 Jan 2010, saya berkesempatan hadir dlm satu majlis ceramah PAS di PASTI Tmn Lagenda, dlm kaw parlimen padang serai, Kedah. Saya pi agak lewat rasanya, jadi saya cuma sempat dengar 2 org penceramah saja - Ustazah Aishah YB Merbau Pulas, Kedah dan Ustaz Nasha, Timbalan Presiden PAS Pusat.
Sejak-sejak PAS perintah Kedah ni, lama dah rasanya saya tak merasa hadir dlm majlis-majlis ceramah penerangan mcm tu. Jadi, bila mlm tadi, bila duduk bersila kat pinggir longkang kat padang besar depan PASTI tu, sambil dok mamah kacang kuda, dok tokak kacang goreng dan dok hirup ayaq laici, sambil mata dok terpaku kat wajah penceramah kat skrin besar tu, sekali sekala dok kibas muka rasa mcm ada nyamuk or unggas datang mengganggu, rasa mcm nostlagiapulak - rasa lama benar tak hadir dlm majlis-majlis ceramah mcm tu - yg suatu waktu dulu, sewaktu PAS belum memerintah Kedah, selalu dok ada majlis-majlis mcm ni. Tak tau lah, awat la ni jarang dok ada dah, mungkin ada kot - tapi depa dok pi buat dlm dewan-dewan seminar, dengan air cond dan buffet-buffet berhidangan, cuma khusus untuk kumpulan-kumpulan tertentu ja kot yg pakai kot, sedangkan kami rakyat marhain peringkat bawah yg dok undi PAS ni cuma mampu baca cerita melalui versi Utusan Malaysia dan Berita Harian kat kedai-kedai kopi saja.
Nak habag katanya - elok benar kalau PAS Kedah, kalau boleh adakan lebih banyak lagi majlis-majlis ceramah penerangan seperti ini.
Habis ceramah, ada kawan tanya:
"Munir, hang nak tulis apa pasal ceramah mlm ni dlm blog hang?"
Saya senyum saja, kemudian saya kata:
"Tak tau lagi, tapi aku rasa mcm nampak dah tajuk dia, lebih kurangnya - NASIB BAIK ENJIN KAPAL TERBANG HILANG - tak pun - NASIB BAIK KRISTIAN NAK GUNA NAMA ALLAH "
Pasal apa?
Ya lah, kalau tak ada dua isu di atas, rasanya mlm tadi YB Nasha akan bangun bagi ceramah lebih kurang bunyi mcm ni saja line dia:
"Terimakasih Pengerusi Majlis. Yg dihormati YDP Kawasan, YB Ustazah Aishah, AJK PAS Kawasan dan PAS Cawangan, AJK Pasti Tmn Lagenda dan tuan-tuan puan-puan hadirin yg dimuliakan. Assalamualaikum wbt; saya tidak ada apa-apa isu yg nak diulaskan. Sekian Terimakasih"
Ya lah, saya punya la pecut kereta mai balik ke Padang Serai sebab nak dengar ceramah isu-isu terkini versi PAS daripada mulut Timb Presiden, yg kalau dlm UMNO pangkat dia ialah Timb Perdana Menteri, tapi start mula sampai ke sudah, saya tak jumpa apa yg saya dok harap nak dengar.
YB Nasha dok ulang cerita bab enjin kapalterbang hilang, kisah jiran dia kerja Pilot habag kat dia kata enjin tu besaq bukannya boleh boh dlm beg plastik, tapi kurang-kurang kena naik lori. Dua tiga kali dia dok ulang cerita bab enjin k.terbang ni; hish rasanya org Padang Serai pun tau kata enjin tu tak boleh muat beg plastik. Depa bukan nak tau sgt kisah tu - depa nak tau cerita lain terutamanya tindakan PAS dlm agenda memerintah negeri dan negara ini?
Habis ceramah, saya singgah kat kedai kopi, sorang sahabat yg merupakan Ketua Pemuda PAS dlm sebuah cawangan PAS di Pdg Serai dok merungut kata:
"Hang cek sendirilah Munir, apa dia Manifesto kita waktu PRU12 hari tu? Hang tau dak, Manifesto ni kalau nak kira tu boleh dikatakan mcm Nazar lah, dah berapa banyak Nazar kita tu yg dah kita tunaikan? berapa banyak lagi yg masih terbengkalai. Bila kita tanya pimpinan, depa kata Kedah bukan diperintah oleh kerajaan PAS tapi oleh kerajaan PAKATAN, alasan! "
- Sambungan yang lebih menarik di sini
Komen aku : Nasib baik Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dah kena rampas, kalau tak mungkin jadi macam kedah jugak, ceramah pun dah tak main.
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash