Utusan melaporkan Timbalan Presiden Pas berkata
“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.Harakahdaily pulak melaporkan
“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - Utusan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.Themalaysianinsider pulak melaporkan
"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan. - Harakahdaily
Penggunaan kalimah “Allah” pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama Samawi tidak menjadi satu kesalahan, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Rupa²nya pimpinan Pas Pusat belum bermesyuarat, patut pun tak sependapat.
Cuma beliau bimbang perkataan “Allah” kemungkinan boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.
“Tinggal lagi… takut disalahgunakan. Itu yang menjadi kebimbangan,” kata beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan “Allah” oleh Herald, Khamis lepas. - themalaysianinsider
PAS memanggil mesyuarat khas Lajnah Politik, iaitu lajnah paling berpengaruh dalam parti itu bagi membincangkan beberapa perkembangan terbaru termasuk isu penggunaan nama Allah oleh agama Kristian.Yang aku sikit mushkil, pasai apa Lajnah Politik. Walaupun dikatakan lajnah paling berpengaruh tapi kenapa lajnah politik. Takut nanti akan ada pulak suara² sumbang yang kata keputusan yang akan dibuat nanti adalah semata² keputusan politik, sedangkan isu ni melibatkan 'akidah umat Islam' macam kenyataan Timbalan Presiden.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mesyuarat itu akan diadakan malam esok di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
"Kita turut menjemput AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily. - Harakahdaily
Apa² pun, cantik jugak bila Khalid Samad terlibat sama pasai kenyataan dia macam kat bawah ni memang patut dibincangkan jugak. Bukan setakat buat keputusan berkenaan isu tu tapi kena jugak buat ketetapan macamana cara nak dapat 'political milage' dari isu ini untuk Pas. Macamana cara nak hurai isu ni dalam ceramah dan taklimat.
Kedua, yang tidak kurang pentingnya dan perlu kita sedari apa sebenarnya yang diinginkan oleh pihak BN. Mereka ingin menggunakan isu agama untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia. Mereka ingin mengambarkan seolah-olah orang bukan Islam menghina Islam dan ummatnya dengan menuntut hak menggunakan perkataan ‘Allah’. Oleh yang demikian, keadaan sebenar perlu diperjelaskan supaya keadaan ini tidak diambil kesempatan oleh mereka.
Ketiga, perbezaan pendapat di antara MP PAS berhubung isu ini hanya dari sudut kebijaksanaan dan siyasah syariiyah. Memandangkan keadaan ‘kejahilan’ ummat Islam sendiri dewasa ini, ada yang khuatir penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh yang bukan Islam akan menyebabkan kekeliruan. Pandangan saya pula, ummat Islam sedang dalam kekeliruan. Penjelasan perlu dilakukan supaya dapat dilenyapkan kekeliruan ini. Isu ini membantu kita untuk membuat penjelasan tersebut. Keadaan kejahilan ummat Islam tidak akan lenyap dengan sendirinya. Kita tidak boleh membenarkan kejahilan berterusan juga. Oleh itu, melalui isu ini, penjelasan dapat dilakukan. - Khalid Samad
Media Pengiklanan Baru