Awat pulak mesyuarat Lajnah Politik? #2 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 03, 2010

Awat pulak mesyuarat Lajnah Politik? #2


Aku terlepas pandang, rupa²nya ada lagi satu laporan yang tak patut ditinggalkan. Laporan tu keluar dalam mStar kelmarin jugak.
PAS mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Yang Dipertua PAS Shah Alam itu juga seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangannya bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan ahli dan juga masyarakat.


"Dalam isu ini saya fikir YB (Yang Berhormat) Khalid perlu lebih berhati-hati.


"Isu ini sangat sensitif, kalau kita tersalah memberi pandangan, impaknya sangat besar," katanya kepada mStar Online di sini hari ini. - mStar
Yang aku tak pastinya sapa keluar kenyataan dulu. Sama ada kenyataan Ust Tuan Ibrahim dulu ka atau kenyataan dari Cikgu Pa yang keluar dulu.

Tak  kira kenyataan mana pun keluar dulu, tapi yang jelasnya kedua-dua kenyataan tu bercanggah antara satu sama lain.

Kenyataan Ust Tuan Ibrahim bunyi macam Parti dah tetapkan pendirian tapi kenyataan dari Cikgu Pa pulak jelas menggambarkan yang parti belum buat pendirian sebab mesyuarat hanya akan dibuat malam ni.

Atau pun, mungkinkah hanya aku yang keliru, tolong lah....

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...