Sapa kata Dr. Asri Zainal Abidin tak hebat?? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 02, 2009

Sapa kata Dr. Asri Zainal Abidin tak hebat??

Hafiz Yatim & Salhan K Ahmad, (Malaysiakini)
Nov 2, 09 11:09am

Sumber gambar : mStar
kemaskini 1.05pm Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, setakat hari ini, tidak didakwa atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seperti dirancang.

Beliau tiba di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun menjelang jam 1 tengah hari, beliau dibebaskan dengan jaminan Jais selepas menunggu pihak pendakwaan hampir empat jam di situ.

Sebelumnya, ketika bercakap kepada media di luar mahkamah, Dr Asri berkata pihak berkuasa agama itu menahannya tanpa sebab dan kini sedang memikirkan apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan.

Sementara itu ketua unit perhubungan awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa Dr Mohd Asri akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.

Mohd Hidayat berkata pendakwaan itu dilakukan berdasarkan aduan-aduan orang ramai terhadap lulusan pengajian hadis itu sejak beliau mula mengadakan ceramah agama di Selangor tiga tahun lalu.

"(Tindakan) ini berdasarkan aduan orang ramai yang keliru dengan ajaran-ajaran yang dibawa (Dr Mohd Asri) dan kita bimbang ini akan memecah-belahkan masyarakat," kata Mohd Hidayat.

Dr Mohd Asri diwakili dua peguam, Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais. [»seterusnya]


Komen aku : Nak kata apa lagi, kalau bukan BANGANG!!!  Tak kira la kalau ustaz balik Mesir pun, kalau macam tu punya cara kerja, memang BANGANG!!!

Yang menariknya, ramai yaag nak 'ambik kesempatan', Harakahdaily kata
Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS). [harakahdaily]

Menteri pun pi bagi sokongan, SIS pun ada jugak. Hebat tu!!! Dah kena tahan semalam, suruh pi mahkamah pagi ni tapi apa pertuduhan pun takdak, Haibat tu!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...