BUBAR! BUBAR! BUBAR DUN! HIDUP! HIDUP! HIDUP RAKYAT! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, November 02, 2009

BUBAR! BUBAR! BUBAR DUN! HIDUP! HIDUP! HIDUP RAKYAT!

KUALA KANGSAR: Pilihan raya baru tidak mungkin berlaku di Perak kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sekarang sudah disahkan mahkamah dan mendapat mandat daripada rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau dan SPR tidak pernah pun berbincang mengenai kemungkinan akan diadakan semula pilihan raya di negeri ini.

“Walaupun pelbagai cara dilakukan oleh pihak pembangkang bagi mendesak pilihan raya diadakan semula di Perak.

“Ia tidak akan berlaku melainkan bersama pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Komuniti Sekolah Parlimen Padang Rengas di sini, kelmarin.  [Bharian]


Sumber : Minda Kembara
Ikut suka la nak bubar ka dak. La ni kuasa ada kat tangan hangpa. Sultan dok belah hangpa, polis dok belah hangpa, Spr dok belah hangpa. Hakim pun dok belah hangpa. Ikut suka hangpa laaa...


Cumanya kalau betui-betui anak jantan, jangan la selalu sangat menyorok belakang sultan, malu laa sikit. Lepas tu pulak bila rasa-rasa tak berapa sesuai nak menyorok belakang Sultan, pi pulak pasang bodyguard, tah bila pulak polis dapat gaji jadi bodyguard Umno, memang muka tak malu depa ni.


Lepas ni pulak yang last sekali, depa dok mengadu kat hakim pulak, aku yakin la ni depa tengah dok berkira hakim hak mana depa boleh pakai hak mana tak berapa nak boleh pakai.


Rupa-rupanya ada jugak geng belah PR yang dok letak harap tinggi, hakim akan dok sebelah PR. Aku rasa depa ni mimpi kut. Depa lupa kut yang depa duduk kat Malaysia.


Kalau takat kes curi kat supermarket memang boleh harap kat hakm, kalau kes curi lembu pun masih boleh harap kat hakim, tapi yang ni kes curi 'kerajaan' boleh ka nak harap kat hakim. Pulak tu antara yang duduk dibelakang pencuri tu depa kata PM sendiri. Ditambah pulak depa kata bukan takat ketua polis "balaci" dia, ketua peguam megara  pum "balaci" dia.


Lebih dari tu, Ketua Hakim Mhakamah Rayuan, level mahkamah yang paling akhir sekali dimana kes ciru kerajaan tu akan dibicarakan, ketua hakim tu pun 'balaci' dia. Boleh ka aku nak letak harapan? Tak payah la kut...


Begitulah yang selalu diceriterakan... tapi yang bestnya masih ramai yang tak pernah jemu, malah masih bersemangat, dok laungkan


BUBAR! BUBAR!
BUBAR DUN!
HIDUP! HIDUP! 
HIDUP RAKYAT!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...