Kota Seputih ada penawar krisis Pas | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 07, 2009

Kota Seputih ada penawar krisis Pas

Macam dilaporkan dalam Malaysian Insider semalan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Khamis depan untuk dengar kes Adun Kota Seputih. Speaker Dun Kedah sebelum ni dah pun mengistiharkan yang Adun Kota Seputih terlucut dari jadi Adun tapi kemudiannya dibantah oleh Spr.


Jadinya hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan untuk dibuat jugak keputusan pada Khamis depan, 16 Nov, sebelum Dun Kedah bersidang pada 17 Nov. Biar ada keputusan samada Abu Hassan Sharif boleh hadir sebagai Adun Kota Seputih.

Kalaulah Hakim memutuskan Dun Kota Seputih kosong macam keputusan Speaker Kedah, maknanya dalam tempoh 60 hari akan ada pilihanraya kecik di sana. Kalau ada pilihanraya kecik di Dun Kota Seputih, yang jadi wakil Pakatan Rakyat adalah dari Pas.

Maksudnya, mau tak mau Pas terpaksa ketepikan segala sengketa dalaman untuk menghadapi PRK tu. Walau apa juga cara Pas perlu ada penawar kepada krisis dalaman dan walau pahit mana pun penawar tu, mau atau tak Pas kena telan.

Harap-harapnya Khamis ni hakm akan buat keputusan kerusi Dun Kota Seputuh kosong. Aku sebenarnya dah letih dengan cerita-cerita krisis Pas ni. Sekurang-kurangnya boleh berehat sat dan  semua tumpuan terarah ke Kota Seputih.

Kes kekosongan Kota Siputeh 12 Nov

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan Khamis depan untuk mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat Kota Siputeh.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan tarikh tersebut selepas peguam kedua-dua pihak meminta mahkamah mendengar dan menyelesaikan kes itu sebelum sidang DUN Kedah bermula 17 Nov ini.
Peguam Datuk Hafarizam Harun, yang mewakili Abu Hassan, dalam hujahnya berkata nasib anak guamnya berada di hujung tanduk apabila Speaker tidak lagi mengiktiraf Abu Hassan sebagai wakil rakyat dan dia dilarang menghadiri sidang DUN itu.
"Semalam, Speaker menghantar surat kepada anak guam saya dengan memaklumkan bahawa dia tidak diiktiraf sebagai wakil rakyat Kota Siputeh kerana alasan yang tercatat dalam permohonan semakan kehakiman.
"Isu ini perlu diperjelaskan dan kami akan memfailkan afidavit kami secepat mungkin," katanya.
Hafarizam mencadangkan jika kes itu gagal diselesaikan sebelum 17 Nov ini, Speaker harus memberi jaminan kepada mahkamah bahawa dia tidak akan menghalang responden (Abu Hassan) daripada menghadiri sidang DUN dan kerusi DUN Kota Siputeh tidak kosong sehingga mahkamah membuat keputusan.
Bagaimanapun, peguam Sulaiman Abdullah, yang mewakili Abdul Isa, tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menggesa mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk minggu depan.
"Anda perlu berlaku adil kepada mahkamah. Anda tahu perkara ini (persidangan DUN) akan datang, kenapa anda tidak memfailkan notis perakuan segera kepada mahkamah?
"Kini saya terpaksa memutuskan isu perlembagaan yang penting dalam tempoh yang singkat," kata Hakim Alizatul.
Mahkamah kemudian mengarahkan semua pihak memfailkan afidavit masing-masing sebelum Khamis depan dan menyediakan hujahan bertulis sebelum prosiding kes bermula.
Abdul Isa memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pada 1 Okt lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.
Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.
Pada 1 Sept lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya. [Malaysian Insider]

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...