Hj Nizar bakal Presiden PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 08, 2009

Hj Nizar bakal Presiden PAS?

Mungkin ramai yang tak bersetuju. Antara hujjah yang aku pernah dengar bila Hj Nizar dicalonkan untuk lawan Timbalan Presiden Pas masa pemilihan lepas, ada yang bagi alasan "dia baru lagi", "dia belum diuji", "ramai lagi pimpinan yang lebih senior" dan ada satu dua alasan lagi yang aku pun dah tak ingat.



Sumber Image : menjejakharapan
Aku pun  kalau jadi perwakilan masa tu kemungkinan besar tak undi dia, tapi alasan aku lain sikit. Alasan aku "Perak lebih memerlukan dia". Pasainya pada aku dari segi keupayaan, keterampilan, karisma dan sebagainya, dia memang berkelayakan untuk duduk kerusi tu. Cumanya aulawiyyat dia lebih di Perak bukan di Pusat.

Yang kurang pada dia pun mungkin dari segi pengalaman sebagai pimpinan pusat. Sebelum-sebelum ni dia hanya pernah bertanding Ajk Pas Pusat kalau tak silap, tu pun kalah. Jadinya persekitaran sebagai pimpinan pusat dia belum ada pengalaman.

Yang menariknya, hasil kajian Dr. Abu Hassan Hasbullah yang dibentangkan di Seminar semalam, Hj Nizar duduk rangking no 3 dalam kalangan pimpinan PAS sekarang. Rangking pertama dah tentu TG Nik Aziz Mursyidul Am Pas merangkap Meenteri Besar Kelantan. Rangking Kedua, TG Hadi Awang, Presiden Pas dan yang ketiga Hj Nizar, Menteri Besar PR Perak.

Rangking keempat, Hj Mohd Sabu, bekas Naib Presiden dan calon Timbalan Presiden yang kalah dan rangking kelima Ust Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.

Maksudnya, selepas TG Hj Hadi, Hj Nizar la jadi Presiden. Tapinya, keputusan kajian tu bukan dari pendapat perwakilan atau orang yang ada suara dalam Pas. Kalau ikut kaedah yang sama tentu Hj Nizar jadi Pesuuhjaya Perak pasai tentu dia rangking pertama di Perak, jauh meninggalkan pimpinan lain.

Agak-agak hangpa kalau Hj Nizar bertanding jawatan Timbalan Presiden hari tu dia boleh menang ka? Mungkin ramai yang bukan kalangan Pas terutaman rakyat Perak akan kata dia mesti menang. Tapi aku rasa dia akan kalah, tambah-tambah lagi kalau pertandingan tu jadi 4 penjuru.

Cumanya, tadi petang, lepas baca laporan dan cerita berkenaan Seminar Pas kat internet, malas fikir berat-berat, aku saja-saja membayangkan keadaan kalau la masa tu Hj Nizar bertanding jawatan Timbalan Presiden dan dia menang. Agak-agak macamana keadaan PAS hari ni..... dalam mimpi apa pun boleh.  Zzzzz...

Sumber rujukan
  1. Nik Aziz terunggul, presiden PAS gagal...

Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...