Walaupun sebenarnya jawapan balas tu agak keras tapi berjaya dia bawak dengan cara yang lebih lembut. Macam dia kata "harus berkepala dingin biar pun hati panas."
Membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap Dr Abdul Aziz Bari agak mengejutkan. Bagi saya sanggahan itu kurang objektif dan kurang manis keluar daripada pimpinan kanan PAS Pusat.
Idris benar ketika dia membela Presiden dan pimpinan PAS yang lain, tetapi dia tidak patut ‘menyerang balas’ Abdul Aziz, samada atas sifat Abdul Aziz sebagai ahli akademik, apatah lagi atas sifat Abdul Aziz sebagai orang yang turut ‘menyumbang’ dengan caranya yang tersendiri kepada PAS.
Selaku pimpinan kanan PAS Idris, harus berkepala dingin biar pun hati panas. Ini bukan sekadar terhadap golongan akademik seperti Abdul Aziz bahkan terhadap anggota parti paling bawah sekali pun. Watak ini adalah watak para nabi.
Baca kisah Nabi Sulaiman dengan burung Hud-hud. Rujuk surah an-Naml ayat 20. Burung Hud-hud adalah burung kecil sahaja jika dibandingkan dengan besarnya kekuatan dan bilangan tentera Sulaiman yang terdiri daripada manusia, jin dan binatang. Ketiadaan burung Hud-hud jika tidak diambil kira oleh Sulaiman pun tidak menjejaskan apa-apa.
Tetapi, bagaimana sikap Sulaiman? Dia mencari burung Hud-hud, bahkan Sulaiman bersedia menghukum burung itu sekiranya ketiadaannya dalam barisan tentera tanpa alasan menasabah. Akhirnya burung Hud-hud tampil dengan berita besar. Berita tentang kekufuran seorang maharani di negeri Saba’.
Tindakan Sulaiman mencari burung Hud-hud dan bersedia menghukumnya menggambarkan keprihatinan Sulaiman terhadap setiap individu tenteranya. Selepas Sulaiman mendengar penjelasan burung hud-hud, dia tidak ‘menyerang balas’ burung Hud-hud tetapi segera direncanakan tindakan wajar terhadap maklumat itu. [baca sepenuhnya di sini]