Katanya dia, lagi biro latihan Umno akan menyediakan tiga kursus di peringkat nasional, 13 kursus di peringkat bahagian dan 13 kursus lanjutan dan motivasi untuk memperkuatkan parti.
Aku tak peduli la Umno nak buat berapa kursus pun tapi yang aku mushkil, apa jadi dengan kursus dan latihan dalam Pas.
Salahuddin Ayob, Ketua Pemuda PAS masa Muktamar kali ke 54 tahun 2008 dalam ucapan dasar dia ada kata
Kita menyeru Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah (ILHAM) supaya merancang program pembangunan ahli-ahli dengan lebih tersusun, terutama dalam melahirkan tenaga-tenaga ulamak yang kompeten dalam pentadiran.
Dewan Pemuda PAS sendiri sudah menubuhkan Pusat Latihan Akademik Kepemimpinan Pemuda (AKP) di Kelantan bagi maksud ini. Mulai bulan hadapan, latihan-latihan intensif akan kita laksanakan kepada pimpinan Pemuda peringkat Negeri dan Kawasan, dan kita berharap setiap ahli Pemuda mewajibkan diri masing-masing untuk mengikuti latihan ini.
Tetapi ini tidak bermakna ahli-ahli Pemuda memadai mengikuti kursus jangka pendek yang kita sediakan, sebaliknya mereka mesti menambahkan usaha untuk terus belajar di mana sahaja untuk kita menguasai ilmu-ilmu baru yang boleh meningkatkan pembinaan kapasiti diri masing-masing. [link]
Untuk AKP pulak katanya siap ada kem sendiri di Kelantan. Bukan setakat ada kem sendiri tapi dah siap disenaraikan mudul dan misi AKP tu. Cumanya setakat mana berjalan pun aku tak tau pasai aku langsung tak pernah dengar cerita pasai AKP ni.
Kini AKP telah memiliki modul yang siap untuk diaplikasi dan dihayati oleh pesertanya kelak . Modul AKP berkait langsung dengan :
Teori Amalan Kepimpinan Organisasi
Keterampilan diri
Protokol dan etiket sosial
Pengucapan awam
Komunikasi Interpersonal
Pengurusan
Kemahiran berfikir
Komunikasi global
R & D
Komunikasi Bahasa Inggeris
Pengurusan Masa
Pengurusan Tekanan diri
War – game dan Kepimpinan
Nilai diri dan pasukan dalam JamaahAsas utama dalam Akademi kepimpinan Pemuda ialah membina circle kefahaman yang jelas terhadap pengurusan dan kepimpinan . Kefahaman yang dimaksudkan ini boleh dilihat secara garis kasarnya dalam membentuk :
Faham struktur , kepimpinan , sumber dan budaya dalam organisasi
Faham peranan pemimpin dalam organisasi
Faham kepentingan wawasan dalam kepimpinan.
Faham konsep plan , organize , lead dan control
Faham proses analisa scenario , swot dan sebagainya
Faham proses strategic planning
Faham asas pengwujudan struktur organisasi
Faham proses membuat keputusan berasaskan objektif
Faham kepentingan kawalan dan penambahbaikan
Faham disiplin bekerja untuk mencapai matlamat
Faham mekanisme kawalan dalan organisasi bukan berorientasikan keuntungan
Faham asas politik secara tersusun
Faham asas pendekatan jamaah dalam pendekatan politik Malaysia [link]
Walaupun aku dah lama duduk dalam AJK Pemuda Kawasan, sekali pun aku tak pernah terlibat dalam latihan yang katanya nak diwajibkan kepada pimpinan Pemuda peringkat Negeri dan Kawasan untuk 'capacity building dikalangan pimpinan dan bakal pimpinan DPP disemua peringkat.'
Aku harap YB Salahuddin sebagai bekas Ketua Pemuda, tolong tanya sikit kat Ust Nasaruddin, apa perkembangan AKP. Kena pastikan janji dalam ucapan dasar tu ditunaikan.
 
 
