Nasib Kelab Penyokong PAS setelah berusia 2 tahun | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 17, 2009

Nasib Kelab Penyokong PAS setelah berusia 2 tahun

http://prkn31baganpinang.pas.org.my/images/stories/berita_terkini/pas4all1.jpgKelab Penyokong PAS baru saja sambut ulangtahun  ke-2 yang dibuat masa PRK di Bagan Pinang baru ni. Majlis sempena genap dua tahun slogan 'PAS For All' dilancarkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat pada 1 September 2007.

Aku taktau sampai bila status kelab tu terpaksa bertahan padahal cadangan untuk dinaik taraf dah lama disebut-sebut.


Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.
Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang. 
Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakhti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.
Aku tak tau nak kata apa dah pasai ni. Kalau ada orang kata Pas cuma perguna orang bukan Islam dalam Kelab Penyokong semata-mata untuk menang pilihanraya, mesti ramai orang Pas yang akan marah. Tapi pada aku mungkin itulah realitinya.

Bila dah orang India dan Cina 'ajar' sikit di Bagan Pinang dan sebelum tu Makkal Sakti tubuh parti baru yang PM sendri rasmikan, baru la Pas terhegeh-hegeh kata nak dijadikan sayap tak lama lagi. Masalahnya tak lama lagi tu bila. Takkan dah berbulan tak habih lagi proses 'drafting'?

Kalau ikut apa yang MalaysianIsider laporkan pada 4 September lepas:
Salahuddin memberitahu, secara formalnya segala elemen berkaitan perkara tersebut telah diteliti di peringkat PAS pusat dan menunggu ianya disahkan oleh Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS, sebelum dibuat kata putus secara kolektif. [link]
Takkan Majlis Syura' Ulama sampai la ni belum mesyuarat lagi pasai  isu ni. Takkan nak bagi alasan sibuk dengan pilihanraya kecik kut sampai takdak masa nak bermesyuarat. 

Sebenarnya cadangan Kelab Penyokong Pas dinaiktaraf jadi 'Dewan' ni dah lama dah timbui. Hu Pang Chow sendiri secara jelas mencadangkan macam tu masa Muktamar Agung PAS kat Ipoh dua tahun lepas. Pada aku ucapan dia hari tu cukup cantik, Kelab Penyokong cadangkan status Dewan dengan ambik kira 'kebimbangan ahli PAS' dengan kuasa undi yang ahli bukan Islam akan dapat kalau depa diterima macam ahli biasa (aku dengar sendiri ucapan tu tapi puas aku cari online tapi tak jumpa.)

Lepas tu  masa retreat di Langkawi pun dah buat keputusan nak terima orang bukan Islam sebagai ahli Pas cumanya depa mintak Lajnah Perpaduan Nasional buat kertas pelaksanaan terpeinci.

Jika tidak ada sebarang masalah, Muktamar PAS pertengahan tahun depan akan membincangkan pembentukan satu lagi sayap parti Islam itu. Ia akan dikhaskan untuk orang bukan Islam. Demikian kata Dr Mujahid Yusof Rawa selepas pulang dari retreat PAS di Langkawi kepada wartawan Siasah baru-baru ini. Berikut adalah hasil perbincangan Siasah dengan Mujahid.
PAS telah menang sebanyak 23 kerusi Parlimen dalam pilihan raya 2008 lalu. Sebahagian dari kerusi itu adalah hasil sumbangan undi orang bukan Islam terhadap PAS.

Kota Raja, Kuala Selangor, Titiwangsa, Pokok Sena, Parit Buntar dan beberapa kawasan Parlimen lagi adalah antara sumbangan mereka kepada PAS. [link]
Masa Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009 yang dibuat awal bulan Mei di Dewan Majlis Daerah Klang Harakahdaily melaporkan
Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti. Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. [link]

Lepas tu pulak masa retreat di Alor Setar, sekali lagi dibuat keputusan.
Retreat PAS di Alor Setar sebelum ini telah membincangkan dengan terperinci cadangan keahlian bukan Islam ini. Secara dasarnya, peserta yang terdiri dari semua pimpinan utama PAS itu bersetuju menerima ahli bukan Islam sebagai ahli PAS.

Namun, di manakah kedudukan mereka dalam Perlembagaan PAS perlu dikaji dengan teliti. Hasilnya, jawatankuasa khas ditubukan bagi mengkaji cadangan itu. [link]
Aku harap 'tidak lama lagi' tu betui-betui bermaksud tak lama. Harap-harap Mesyuarat AJK Pas Pusat yang akan datang akan buat keputusan berkenaan hal ni. Aku harap lepas habih mesyuarat tu depa boleh buat Sidang Media umum bila Pas nak buat Muktamar Agung Khas untuk pindaan perlembagaan.

Harap-harap  Muktamar Agung Khas tu Pas berjaya buat sebelum Pilihanraya Kecil yang akan datang yang mungkin bila-bila masa saja perlu dibuat.

Aku harap moga-moga harapan aku dah aku yakin harapan semua ahli Kelab Penyokong Pas, tak sekadar tinggal harapan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...