Walaupun memang aku pun takmau nafikan yang aku cukup kecewa, cukup tak puas hati dan ada jugak rasa tertipu dengan keputusan mesyuarat tu tapi hakikatnya itulah keputusannya.
Sapa aku nak menolak keputusan tu. Aku memang ada jawatan dalam Pas, tapi apa sangat kalau setakat Ajk Pemuda kawasan, apa sangat kalau setakat Ajk Pas Kawasan. Diperingkat kawasan aku sendiri pun tak banyak mana yang aku mampu buat, apa hak aku nak persoal keputusan mesyuarat di peringkat pusat.
Hebat sangat ka aku nak persoal keputusan mesyuarat tu kalaupun aku rasa tak berapa tepat bila dalam masa yang sama belambak keputusan yang aku turut buat selama ni yang aku cukup yakin sebagai terbaik untuk kawasan tapi akhirnya tak baik tara mana pun. Malah ada antara keputusan tu jelas akhirnya "cukup silap", dan aku masa tu senang-senang ja nak salahkan jamaah atas alasan "itu keputusan mesyuarat jamaah", padahalnya itu keputusan aku yang jamaah bersetuju atas lobi aku. Hebat sangat ka aku?
Aku rasa aku patut tulis lebih 'spesifik' lagi, nak buat contoh untuk aku sendiri yakin, pasai apa aku kena terima keputusan tu.
Ok, apa yang rata-rata bloggers yang ramai 'bising-bising' tu harapkan keputusan dari mesyuarat tu, mungkin termasuk jugak apa yang aku harap.
Yang paling lantang nakkan tiga nama yang TG Nik Aziz sebut dalam blog dia tu disingkarkan dari kepimpian PAS; Ust Nasarudin dari jawatan Timbalan Presiden, Cikgu Pa dari jawatan Setiausaha Agung dan Dr. Hasan Ali dari jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor.
Kata la mesyuarat malam tu ambik keputusan "ikut pendapat majoriti bloggers yang nak ketiga-tiga pimpinan tu dilucutkan jawatan". Agak-agak hangpa apa yang akan jadi pada Pas. Hangpa yakin keadaan pasti akan jadi lebih elok. Adakah takdak langsung kemungkinan keadaan akan jadi lebih teruk. Hangpa sanggup ambik tanggungjawap atas keputusan tu?
Yang sebenarnya takdak sapa pun tau apa yang akan jadi di masa depan. Mungkin jugak akan jadi elok tapi tak mustahil akan jadi lebih teruk.
Aku nak ajak blogger yang mengaku sebagai ahli Pas kaji sikit cara bertindak TG Nik Aziz. Aku yakin rata-rata hangpa yakin sangat yang TG Nik Aziz tak suka dengan 3 nama tu dan hangpa yakin sangat yang TG Nik Aziz nak supaya hasil EGM tu kalau dibuat, 3 pimpinan tu akan dilucutkan jawatan.
Aku cukup yakin kalau betui-betui TG Nik Aziz nak, dia senang-senang boleh buat supaya EGM tu jadi dibuat. Kalau dia betui-betui nak EGM tu di buat jugak dia cuma perlu buat roadshow ke seluruh negara, jumpa semua pimpinan tiap-taip kawasan. Aku yakin kalau TG Nik Aziz pi jumpak sendiri pimpinan kawasan-kawasan, takat nak dapat persetujuan 1/3 kawasan-kawasan memang mudah sangat. Tapi pasai apa TG Nik Aziz tak buat macam tu?
Pada pendapat aku dia tak sanggup nak buat sampai macam tu pasai dia cukup yakin yang dia pun taktau apa akan jadi masa depan, pasai dia pun tak tau dengan pasti keputusan tu adalah keputusan terbaik untuk Pas.
Pada pendapat aku, dia akhirnya bersetuju diadakan Mesyuarat Khas Pas Pusat pasai dia yakin itu keputusan terbaik yang dia patut buat. Biar mesyuarat yang buat keputusan dan dia dah bagitau apa pendapat dia dan apa pandangan dia. Lepas tu dia cuma boleh bermunajat moga-moga kado' dan kadar Allah adalah kebaikan untuk masa depan Pas dan rakyat Malaysia. Ada dengar dia komen pasai keputusan Mesyuarat Khas malam tu?
Jadinya,aku nak pujuk diri aku sendiri dan kawan-kawan bloggers yang mengaku Pas untuk sama-sama kita berlapang dada dengan keputusan mesyuarat khas malam Rabu lepas. Aku harap kita boleh redho dengan keputusan tu. Kalaupun kita rasa berat sangat nak terima keputusan tu aku harap sekurang-kurangnya kita tak sabotaj keputusan tu. Dan yang paling aku harap sangat, kita tak jadi orang yang semakin buat keadaan jadi lebh teruk, jadi lebih kronik.
Harapan aku, kita boleh bagi kerjasama kepada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Pada aku, tanggungjawap dan tekanan yang dia pegang masa ni cukup berat. Biar dia boleh buat tugasan yang diamanahkan kat dia tu sebaik mungkin. Kalau rasa ada input yang patut dia tau, elok sangat kalau boleh bagi terus pada dia, mungkin dengan input tu dia boleh buat keputusan yang lebih tepat.
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” – (Surah Al-Hujurat 49 : 6)