Seminar boleh ganti Muktamar Khas??? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 29, 2009

Seminar boleh ganti Muktamar Khas???

Suasana sebelum mesyuarat bermula.
Sumber : Siasahdaily
Nampaknya betui macam yang Pak Bakar Penarikbeca ramalkan di sini. Mesyuarat semalam tu "just another meeting". Pada aku ayat tu memang sukup sesuai, tak lebih dari tu.

Nasib baik aku tak sungguh-sungguh tunggu keputusan tu. Nak tunggu macamana, pasainya semalam aku pun kena mesyuarat jugak. (Walaupun sebenarnya aku tak kena mesyuarat tu tapi ada sikit 'comunication breakdown' jadi aku 'ter'mesyuarat jugak.)

Tak macam yang aku ramalkan sebelum ni kat sini, ternyata ramalan aku meleset. Nak buat macamana, aku macam orang lain jugak cuma boleh berdoa agar ada 'pembaharuan' dalam Pas hasil mesyuarat semalam. Setelah 4 jam bermesyuarat akhirnya keputusan yang keluar, semua ikut macam sedia ada, status quo dikekalkan.
PAS memutuskan untuk mengadakan satu seminar bagi mengantikan Muktamar Luar Biasa (EGM) yang dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seminar tersebut akan diadakan pada 7 Disember bertempat di Taman Melewar dengan yang akan disertai ahli-ahli PAS daripada seluruh negara.

Siasah difahamkan peserta seminar tersebut adalah sama dengan peserta muktamar tahunan PAS. [siasahdaily]
Apa kuasa yang seminar ada, boleh la kalau setakat nak bincangkan halatuju parti.
Tujuan seminar ini ialah untuk mendidik ahli Pas dan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama pemimpin. Seminar itu dijangka akan diadakan pada 7 Disember depan sebagai ganti EGM. [Mso]

Nak bagi reda sikit keadaan kut, dinyatakan
Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti. [harakahdaily]
Entah setakat mana boleh nak reda aku taktau, harap-harap jangan jadi lagi memburukkan keadaan sudah. Akhir sekali, tak lebih dari ulang suara, disebutkan jugak
Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi. [link]
Kesimpulannya, nak kena tunggu lagi, kali ni tunggu pulak keputusan Lembaga Disiplin PAS yang entah bila akan mula bersidang,

Sapa yang mungkin tersenyum dengan keputusan mesyuarat khas Ajk Pas Pusat semalam, malas aku nak buat andaian, yang pastinya dah tentu bukan aku.





Sidang media lepas mesyuarat. 
Sumber : Malaysiakini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...