PRK - Lenggeng dulu baru Johol? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 18, 2009

PRK - Lenggeng dulu baru Johol?


Belum pun mula di Bagan Pinang dah timbui cerita nak PRK kat Johol. Kat Johol pun belum apa-apa dah timbui pulak cerita Lenggeng. Nakpak gayanya PAS Negeri Sembilan dah tak boleh rilek-rilek macam dulu-dulu. 

Berkenaan Lenggeng tu hangpa aku salin balik apa yang bloggers dari Negeri Sembilan tulis

Satu maklumat hangat di kalangan PAS dan UMNO sendiri di sini. PRK Lenggeng mungkin berlaku apabila mesyuarat UMNO peringkat pusat memberi lampu hijau.

ADUN Lenggeng sekarang adalah wakil UMNO yang dipilih Khairy. Diburukkan lagi dia terbabit dalam satu kes rasuah walau setahun jagung menjadi YB. Sebelum ini, Lenggeng adalah kubu kuat Sahak yang pro Mahathir dan pro Najib.

Perkembangan terbaru di Bagan Pinang, di mana kembalinya pengundi berbilang kaum kepada BN, dan kekalahan calon PAS, PJ N9 yang juga bekas calon di kawasan Lenggeng PRU12 lepas, menyebabkan UMNO berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada skang. Melalui SPRM.
  • SPRM membuktikan pendakwaan mereka tidak terpilih
  • Sahak mendapat liputan istimewa dalam ucapan perhimpunan UMNO baru2 ini
  • Kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah anak jati Lenggeng dan juga bekas calon  Lenggeng.
  • Suntikan moral kedua untuk UMNO
  • Penyusunan orang2 Najib selepas Isa Samad
Lengeng adalah satu kawasan yang bertaraf pendalaman. Lenggeng lebih 'estet' dari Bagan Pinang. Rakyatnya adalah penyumbang kepada kekuasaaan BN. Majority adalah orang asli dan Melayu yang hanya ada TV dan astro, membaca akhbar Metro dan Mangga.

Melayu Lenggeng tidak pernah mendapat satu suasana perayaan hari Jumaat, tidak ada sekolah pondok, indeks penagih dadah yang tinggi, taraf kemiskinan yang tinggi, taraf pendidikan yang rendah dan sebagainya.

Sahak adalah 10 kali rakyat dari Isa Samad dan 100 kali rakyat dari Haron Din. Sahak berpakaian kain pelekat, pagoda koyak dan kopiah ketika di balai raya setiap Jumaat berkhidmat untuk pengundi. Sahak adalah samseng yang membela peniaga2 Melayu tepi jalan. Jika Hadi berstatus tukang sembelih lembu, Sahak pula berstatus tukang sembelih dan tukang basuh perut dan usus dari najis di sungai.

Baca seterusnya kat sini, blog Aduka Taruna. Ala.. Aduka Taruna yang suka maki ulama' tu la.. yang penakut pait tu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...