Macamana tak kata pengecut, belum apa-apa dah tak berani. Bukan nakberjumpa lagi pun, baru tahap nak terima surat jawapan, tu pun tak berani.
Depa cuma berani hantar wakil kat depan Banggunan UMNO Perak, tu pun cuma untuk bagitau yang "Saya diarahkan untuk tidak menerima surat dari Dewan Pemuda PAS Perak" kata wakil UMNO kepada rombongan Pemuda Pas Perak." Yang menariknya bila dah tak tau nak kata apa wakil tu boleh kata "Ini semua permainan media".
Dalam perjumpaan tersebut , Pergerakan Pemuda Umno hanya mewakilkan setiausaha kerjanya untuk tidak menerima surat jawapan dari Dewan Pemuda PAS. Puluhan wartawan dan petugas media turut bersama dalam menyaksikan peristiwa yang agak aneh dan bersejarah ini. Pemuda UMNO nyata cuba bermain dengan kata-kata apabila mengatakan tidak boleh menerima surat tersebut sedangkan dalam masa yang sama menyatakan persetujuan untuk menerima surat itu sekiranya dihantar melalui faks ataupun pos. Sikap putar belit Pemuda UMNO pada petang ini amatlah dikesali kerana melalui SMS yang dihantar oleh Maslin kepada saudara Safarizal selaku penolong setiausaha Dewan Pemuda PAS menyatakan persetujuan untuk menerima surat dan kunjungan dari Dewan Pemuda PAS Perak. [link]Bukan takat tu ja, wakil tu pun cakap berbelit-belit. Mula-mula tau mau terima surat tu tapi lepas tu pulak kata setuju terima sekiranya dihantar melalui faks ataupun pos.
Wakil pergerakan Pemuda Umno itu bukan sahaja tidak mahu menerima surat jawapan cabaran tersebut, bahkan dilihat cuba untuk merendah-rendahkan keupayaan Ketua Pergerakan Pemuda mereka sendiri yang tidak hadir bersama petang tadi. Mereka mengajukan tawaran perbincangan di waktu yang lain atas isu yang sama dan boleh diwakili oleh mana-mana panel dalam Pemuda UMNO sekiranya Maslin tidak bersedia. Tawaran itu seolah-olah merendahkan keupayaan dan kemampuan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak untuk berhujah dalam isu yang penting seumpama sidang DUN ini.
Lagi gambar suasana masa tu di sini.
Berita Sinar di sini