Muktamar Agung Khas - Pas Selangor tolak mentah-mentah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 24, 2009

Muktamar Agung Khas - Pas Selangor tolak mentah-mentah

SHAH ALAM 23 Okt. - Pas Selangor menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

"Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana dalam Pas pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di peringkat kepimpinan parti. [link]

Nampak gayanya Pas Selangor dah tolak mentah-mentah cadangan TG Nik Aziz tu. Roslam Shahir sebagai Ketua Penerangan Pas Selangor dah keluarkan kenyataan bagi pihak Pas Selangor, mungkin atas arahan Pesuruhjaya Pas Selangor, antara nama yang TG Nik Aziz sebut dalam blog dia antara yang dikatakan "tak habis-habis dengan  nak  bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG."

Memang tak heran la kalau Ketua Penerangan Pas Selangor dalam usaha nak membela ketua yang lantik dia, tak setuju diadakan Muktamar Agung Khas yang antara lain dicadangkan pasai dikatakan boss dia bermasalah.

Kalau ikut ayat yag utusan laporkan Raslan Shahir guna, keputusan menolak Muktamar Agung Khas tu adalah pandangan peribadi dia. Mungkin lepas ni Harian Negeri akan bermesyuarat bincang hal tu, mungkin jugak Ajk Perhubungan negeri akan bermesyuaat jugak. Mungkin keputusan yang sama jugak akan keluar. 

Aku tengah tertunggu suara-suara lain dari Selangor yang aku yakin akan berbunyi sikit masa lagi, maksud aku, dalam masa terdekat ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...