N31 Bagan Pinang : Pasai apa teruk sangat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 15, 2009

N31 Bagan Pinang : Pasai apa teruk sangat?

Ramai sangat dah yang ulas sebab-sebab pasai apa calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat KALAH TERUK di Bagan Pinang. Tak kira la ulasan tu berpijak di bumi nyata atau sekadar terawang-awang taktau punca.

Memang mudah nak tunjuk jari kat orang lain pasai kekalahan tu. Cukup mudah nak salahkan sesiapa saja. Kita boleh mudah-mudah salahkan pengundi Bagan Pinang kata depa tak peka dengan isu rasuah. Kita boleh salahkan Isa Samad dan jentera Umno yang tabur habis-habisan di Bagan Pinang.

Dalam penelitian aku paling ramai yang salahkan PAS. Ada yang kritik nampak macam kekalahan tu semata-mata berpunca pasai kelemahan PAS. Ada yang lebih spesifik sampai salahkan pimpinan tertentu PAS. Nampak macam pihak lain langsung takdak salah, takdak kurang. 


Kita boleh salahkan sapa saja sama macam orang lain boleh salahkan kita. Dan memang pun semua pihak bersalah di Bagan Pinang. Bersalah dalan erti kata tak mampu berkempen dengan berkesan yang akhirnya boleh diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon PAS yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat.


Aku sendiri berkubu di Bagan Pinang sejak hari pengumuman calon, 29 Oktober sampai la dapat keputusan malam 11 Oktober. Aku rasa aku layak nak bagi pendapat aku sendiri pasai apa calon PAS KALAH TERUK.


Pada aku memang calon yang mewakili Pakatan Rakyat layak kalah seteruk tu pasai memang pun banyak tu saja undi yang mampu kita dapat. Pasai realitinya jentera kita kat sana memang buat sehabih baik yang termampu, memang setakat tu ja kemampuan yang kita ada.


Apalah sangat yang kita nak harapkan kalau setakat yang ada tu saja kekuatan kita. Pasai realitinya memang kita cukup-cukup lemah di Bagan Pinang. Maksud aku bukan takat PAS lemah di Bagan Pinang tapi PKR dan DAP jugak lemah, ditambah lagi kelemahan kita sebagai satu pasukan.


Walau sekuat manapun jentera luar yang pi sana nak membantu, kalau jentera tempatan kita lemah, penguasaan tempatan kita lemah, apa sangat yang boleh kita buat dalam tempoh 8 hari berkempem. Nak kempen macamana kalau nak masuk pun payah.


Kalau tengok sebagai contoh, komitmen yang Dr. Zul sebagai pengarah operasi, bagi untuk Bagan Pinang, aku rasa bagi yang sekadar jadi pelancong pilihanraya langsung tak layak nak mengkritik. Kalau tengok pulak komitmen Samsul Kamal sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan, bagi yang kalau setakat pi penamaan calon dan hari mengundi ja, memang tak layak langsung nak mengkritik.


Macam tu jugak sebilangan kecik yang ada yang begitu bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. Depa tu memang begitu bersungguh-sungguh. Dalam segala macam kekangan dan kekurangan, depa berkampung di Bagan Pinang dan terus menerus bekerja di bawah tekanan.


Bukan aku nak nafikan kritikan dan teguran. Memang pun realitinya banyak benda yang boleh diperbaiki.  Memang ada jugak tindakan dan keputusan yang tak tepat dan memang ada andaian dan strategi yang tak mengena. Tapi itulah realiti 'peperangan'. Memang atau kalah memang adat pertandingan. Macam-macam faktor yag menyumbang.


Yang penting sekali kita tau pasai apa kita kalah besar. 'Kita' perlu buat post mortem seikhlas mungkin dan ambik pengajaran atas itu untuk kegunaan kita di masa depan. 'Kita' dalam erti kata bukan saja PAS tapi jugak untuk PKR dan DAP dan jugak PAS, PKR dan DAP sebagai satu pasukan.


Akhir sekali suka aku ingatkan, macam salah satu komen dalam entry aku sebelum ni.
Kita selalu merasakan kemenangan itu satu rahmat dan kekalahan itu satu bencana tapi pernahkah kita terfikir kemenangan itu satu bencana dan kekalahan itu satu rahmat. Apa pun pasti ada hikmah untuk semua ini.perjuangan islam tetap kita teruskan.insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...