Bukan setakat kalah tapi KALAH BESAR. Walaupun ramai dari petugas PAS dan PR yang bertugas di Bagan Pinang termasuk jugak aku semacam yakin PAS ada harapan nak menang, jelas la ni tu semua tak lebih dari khayalan semata-mata.
Calon PAS bukan takat tak menang, bukan takat kalah tapi kalah besar. Majoriti yang calon Umno dapat meningkat lebih sekali ganda. Satu keputusan yang cukup berat nak diterima. Nampak sangat pada raut muka yang kelat di Markaz Induk yang ikuti penjumlahan undi secara langsung di skrin kain putih kat situ.
Aku sendiri sampai la ni masih keliru, tak percaya dengan keputusan tu. Bukan tak percaya yang calon PAS di tolak di Bagan Pinang tapi tak percaya yang calon PAS ditolak sampai macam tu sekali.
Apa-apa pun aku bersyukur dengan pengalaman yang aku dapat di Bagan Pinang. Penglaman baru yang cukup banyak, pengalaman pahit dan manis, termasuk ilmu-ilmu baru yang insyaallah dapat aku guna untuk menghadapi pilihanraya di tempat sendiri.
Terima kasih kepada semua yang dan terima kasih PRK Bagan Pinang.