Ketua Ulama' persoal siapa tulis blog Tok Guru | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 24, 2009

Ketua Ulama' persoal siapa tulis blog Tok Guru

Aku pun ada terfikir macam tu, tapinya aku cepat-cepat  buang dari otak aku kemungkinan tu pasainya takkan la ada orang lain yang berani nak tulis di dalam blog peribadi Tok Guru Nk Aziz tanpa pengetahuan da persetujuan dia. Ada jugak terfikir kemungkinan ada yang hak blog tu tapi kalau kena hack dah tentu la cepat akan ada penafian dan pemberitahuan.


Lagipun dengan isu panas macam ni, bukan setakat panas dalam Pas tapi panas satu negara, takkan depa-depa yang berkenaan tak check sampai ke situ.





Tapinya bila Bernama keluar laporan berita har ni dengan tajuk "Nik Aziz Tetap Mahu Muktamar Khas Walaupun Ada Yang Tolak", maksudnya memang blog Tok Guru tu dia sendiri yang tulis, ataupun kalau orang lain tulis pun mesti atas arahan dan idea dia.
KOTA BAHARU, 24 Okt (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Katanya beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai.

"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat sini pada hari Sabtu. [link]
Mungkin lepas ni wartawan akan sekali lagi kerumun Ust. Harun Taib, Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat, mintak ulasan dari dia pasai dia janji akan ulas kalau dah sah apa yang di tulis dalam blog Tok Guru tu memang hasrat TG Nik Aziz sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...