Memang dari awai-awai lagi dan memang dah jadi rahsia yang semua orang tau, ada pertembungan antara kem bekas MB yang jadi calon dan kem MB Negeri Sembilan la ni, Mat Hassan.
Walaupun sungguh-sungguh Umno cuba nak paparkan kata antara kem depa berdua tu takdak apa-apa masalah, tapi aku cukup yakin ramai yang tak percaya. Memang bangang la kalau ada yang percaya dengan gambar 'mesra' antara Isa Samad dengan Mat Hassan.
Pasainya memang semua orang yang ambik tau pasai politik Negeri Sembilan tau yang Mat Hassan sebagai MB cukup susah hati bila Isa Samad dipilih jadi calon. Kedudukan dia memang ada harapan untuk tergugat pasai pengaruh Isa Samad di bahagian-bahagian di Negeri Sembilan cukup kuat.
Mata-mata gelap PAS dalam Umno cerita, kem Mat Hassan ambik sudut positif Ipemilihan Isa Samad sebagai calon dengan menggunakan peluang yang ada ni untuk pasti karier Isa Samad sebagai ahli politik dimatikan terus.
Bila dah jadi calon, Isa Samad terpaksa belanjakan wang yang cukup banyak untuk berkempen. Kem Mat Hassan akan pastikan Isa Samad belanja sebanyak mungkin untuk berkempen kalau boleh bukan takat dia pokai tapi tokey-tokey yang sponser dia pun pokai sama. Dalam masa yang sama depa akan sabotaj sungguh-sungguh Isa Samad untuk pastikan Isa Samad kalah.
Kalau plan ni berjaya, Isa Samad tak berjaya nak kembali ke arena politik mainstream Umno dan dalam masa yang sama akan kehabisan modal untuk memastikan sokongan penyokong-penyokong dia kekal kat dia dan tak berpindah kem.
Aku kurang yakin plan ni akan berjaya tanpa sokongan dari ken Isa Samad sendiri. Maksud aku Mat Hassan perlukan sebahagian pimpinan dari kem Isa Samad beralih kem. Dari maklumat mata-mata gelap Pas dalam umno, memang ada cubaan dari kem Mat Hassan cuba pancing pemimpin Umno dari kem Isa dengan kaedah yang cukup 'rahsia'.
Aku nak nasihat kat pemimpin Umno yang duduk dalam kem Isa Samad supaya terima tawaran dari kem Mat Hassan. Hangpa kena pindah kem. Kala hangpa masih setia dalam kem Isa Samad, hangpa jugak akan terima nasib macam Isa Samad.
Memang la maca kempen ni nampak macam Isa Samad cukup kuat. Aku dapat khabar angin yang selepas dia di sahkan sebagai calon, Isa Samad dah pi jumpa YDP MPPD bawak senarai kontraktor dia, mengarahkan semua projek plihanraya dibagi kepada kontraktor yang ada dalam senarai yang dia bawak. Memang pun kontraktor dari kem Mat Hassan langsung tak dapat apa.
Tapi hangpa yang duduk dalam ken Isa Samad kena ingat, kalau pun Isa Samad memang PRK ni hangpa tak boleh cari makan dengan kabel dia. Mat Hassan pasti akan guna segala 'kuasa' yang dia ada untuk pastikan kem Isa Samad tak dapat apa-apa lepas ni. Malah dia mungkin akan buat sesuatu projek-projek pilihanraya ni pun akan 'sangkut'.
Jadinya hangpa yang kat dalam kem Isa Samad kena tukar kem, kalau perlu 'menyembah' Mat Hassan pun aku rasa berbaloi. Kalau hangpa berjaya tolong bagi Isa Samad kalah, aku yakin Mat Hassan tak akan lupa 'jasa' hangpa.
Jadinya fikir-fikirkan lah....