Dari N31 Bagan Pinang : Macam tu punya clear pun lagi nak nafi?? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 10, 2009

Dari N31 Bagan Pinang : Macam tu punya clear pun lagi nak nafi??

Macam biasa pemimpin Umno ni tak akan mengaku punya. Lebih kurang macam V.K.Lingam dulu jugak laa,  "its look like me, its sound like me but its not me".
Ahmad Zahid mengulas dakwaan Pas bahawa dua pemimpin BN menawarkan rasuah politik kepada anggota tentera di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Sementara itu, Ismail berkata, ATM adalah sebuah jabatan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan berkecuali daripada kegiatan politik.

"Kami tidak mahu campur mana-mana parti politik. Bukan sahaja Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad tidak diberi masuk, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pun kita tidak benarkan.

"ATM hanya benarkan Menteri Pertahanan sahaja masuk ke kem tentera. Itupun kerana dia adalah orang yang dilantik memegang portfolio tersebut," katanya.

Kalau ikut yang aku quote kat atas tu, memang dia macam mengaku dia masuk kem tentera berkempen dan kalau dengar video tu pun, memang 'sound line Zahid Zamidi'. Cara dia jawab tu macam dia tak sedar orang tala kat dia.

Aku paparkan sekali lagi kat bawah ni video tu. Dengar betui-betui, pada aku memang saheh 'sound like him'.





Hangpa boleh baca penafian penuh Zahid Hamid kat sini 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...