Ada Masalah Kecaq Dalam Blog.......... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 28, 2009

Ada Masalah Kecaq Dalam Blog..........

Aris Awang semasa berucap di Muktamar Pas di Ipoh.
"Malang sunggoh orang PAS, dipimpin oleh pimpinan bodo sombong, semua masalah kecaq dalam blog dan media" begitulah satu SMS yang aku terima.

Sebaik sahaja aku terima SMS itu aku terus balas kembali, berbunyi seperti berikut: "Akhir zaman......... zaman dah berubah.... teruskan perjuangan".

Bagi ku, sudah tentu SMS itu dari seorang ahli PAS yang cukup tulus ikhlas berjuang untuk mencapai cita-cita perjuangan menegakkan keadilan Islam di atas muka bumi Allah swt ini dan mencapai keredhaan Allah swt diakhirat nanti, tanpa ada niat dan hasrat tersembunyi lain sedikit pun dalam hatinya.

Oleh itu, pemuda dan pemudi ku,

Inilah aset bernilai yang dipunyai oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS), seperti pernah Al-Marhum Ustaz Suhaimi Hj Ahmad (yang digelar Pak Kiyai oleh Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor satu ketika dulu dalam Muktamar Tahunan PAS) mengatakan, "Areh.... aku kalau tak pasai ahli PAS yang berjuang dengan tulus ikhlas, bersungguh, tidak mengharap lain selain dari kerahmatan dan kerahiman Allah di dunia dan di akhirat ini, dan aku hanya melihat kepada kelaku kelayak pemimpin PAS yang setengah macam hawaq sudah lama aku menyebai dan tinggai PAS.... masuk UMNO macam abang aku."

Sedarlah kita mempunyai aset yang cukup bernilai tinggi, yang tidak dipunyai oleh mana-mana parti pun atas muka bumi Malaysia ini. Iaitu ahli yang tulus ikhlas tujuan perjuangan mereka hanyalah kepada perjuangan yang suci yang termaktub di dalam perlembagaan PAS dicapai. Janganlah dek kerana kealpaan ini kita, telah melupakan ahli dan seterusnya kita hanyut dan dipesongkan halatuju sebenar perjuangan.

Kita juga harus sedar bahawa zaman telah berubah, jika zaman dulu orang bersembang di beranda rumah sambil mencari kutu, selepas itu zaman berubah lagi orang bersembang di kedai kopi, zaman berubah lagi orang berbual melalui telefon talian tetap, zaman berubah lagi orang bersembang melalui handphone, zaman berubah lagi orang berbalas pantun melalui SMS, dan zaman terus berubah orang bersembang melalui email dan seterusnya melalui blog yang boleh dikomen.

Kalau dulu kecaq masalah diberanda rumah, lepas itu kecaq masalah di kedai kopi dan sebagainya seperti perenggan di atas, maka sekarang sudah tentulah sedikit sebanyak masalah akan dikecaq diblog. Kita harus faham jika kita tidak menjawab, mengemukakan pandangan di dalam blog dan duduk senyap dik, tak ulas apa kerana kita jadi pimpinan kerana takut orang kata bodo dan sombong, sedang beribu blog lain telah menghandoh (menghentam) PAS bertalu-talu dari kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah. Oleh itu sebagai sebuah jamaah dakwah dan parti politik maka sebagai pimpinan PAS perlu mengeluarkan pandangan agar ahli yang ikhlas akan dapat meneliti pandangan yang diutarakan dengan penuh saksama. [link]

Sebagai pemimpin, mestilah berani mengeluarkan pandangan, janganlah tidak berani mengeluarkan pandangan kerana takut silap dan orang akan tahu kita tidak cerdik, tetapi natijah akhirnya menunjukkan kita tidak dapat memimpin pengikut kita, kerana kita telah hilang satu sifat keberanian iaitu, "berkata benar, walaupun pahit".

Inilah yang cuba dipraktikkan oleh pemimpin PAS sekarang ini dengan menggunakan media baru. Aku bimbang anda, sebagai pemimpin tiba-tiba tidak berani mengeluarkan pandangan bukan kerana hendak menjaga jamaah tetapi sebenarnya telah bertukar untuk menjaga keselamatan diri atau dalam bahasa sekarang disebut "play safe". Ketakutan yang bermacam-macam telah menghantui dirinya, takut orang kata bodoh, takut lepas ini tak jadi calon, takut yang entah apa-apa ,takut dilihat condong kesini atau kesana.

Pesanan ku, kita boleh kecaq dalam blog (kalau nak digunakan istilah kecaq) dengan syarat rahsia parti mesti dijaga seperti yang telah dibai'ah bersama ketika menjadi AJK PAS (hampa aku tak tau la, kami PAS Kawasan Kuala Kedah mesti baca bai'ah dalam mesyuarat PAS Kawasan yang pertama selepas mesyuarat Agung yang ada pemilihan dihadapan semua AJK PAS Kawasan untuk bersumpah menyimpan rahsia parti). Setelah tu kenalah tahu pula apa yang rahsia dan apa yang tak rahsia (emmm......... itu kena ikut kursus la pula!).

Akhirnya, gunakanlah kebijaksanaan sebagai pemimpin untuk mengguna kemudahan media baru yang cukup banyak manafaatnya mendidik ahli mencari keredhaan Allah swt. Sehingga akhirnya blog anda akan menjadi seperti pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik yang menghimpun ribuan manusia setiap minggu untuk mendengar Kuliah Tauhid yang disampaikannya.

Ikhlaskan niat, bulatkan tekad, teruskan perjuangan memimpin ummah. Takbir.

Aku Sayang dua-dua Tok Guru - Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Hadi - semoga mereka terus istiqamah untuk memimpin aku sehingga keakhir hayat dan akan bersama mereka di kehidupan abadi di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Ameen.  [link]

Sumber : Blog Aris Awang
Aris Awang adalah Setiausaha Pas Kawasan Kuala Kedah. Beliau merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Kedah dan bekas Ketua Penerangan Pas Kedah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...