N31 Bagan Pinang : Takmau kat Kedah kena buat kat N9 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 04, 2009

N31 Bagan Pinang : Takmau kat Kedah kena buat kat N9

Aku rasa orang yang paling 'bengkek' dengar berita ni tentu sekali pengerusi SPR. Baru ja depa bersungguh-sungguh nak pecah kepala mesyuarat sampai 4 jam pasai takmau bagi ada PRK kat Kedah, tiba-tiba terpaksa jugak buat PRK tap kali ni kat Negeri Sembilan.

Sebelum tu, salam takziah dari aku untuk keluarga allahyarham Azman Mohd Noor, 55, ADUN N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang meninggal dunia awai petang tadi. Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Moga tabah menghadapi dugaan dunia.

Berbalik kepada hal PRK, nampak gayanya ada peluang la kali ni berPRK di kawasan kubu Umno pulak. Banyak kali sangat dah PRK kat kawasan PR yang hasilnya PR menang 7-0.

Ikut laporan mStar Online
DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.

Pada pilihanraya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Seremban Specialist Center. Azman berusia 55 tahun.

Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.

Bagaimanapun dalam situasi politik negara sekarang, adalah jelas sekali, pilihan raya kecil yang bakal diadakan nanti pasti menyaksiakan persaingan yang sengit.

Apatah lagi Parlimen Telok Kemang sekarang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat. Terdapat lima DUN di dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Tiga dikuasai oleh pembangkang manakala BN dua kerusi.

Kerusi-kerusi yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat ialah DUN Chuah (PKR), DUN Lukut (Dap) dan DUN Port Dickson (PKR).

Manakala DUN yang dikuasai BN pula selain Bagan Pinang ialah DUN Linggi.

Nampak menarik 'pertembungan' kali ni. Insyaallah jumpa aku kat sana.

  1. SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL...
  2. Blog ADUN Bagan Pinang


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...