Isu ahli bukan Islam dalam PAS : Perlu segera? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 04, 2009

Isu ahli bukan Islam dalam PAS : Perlu segera?

Lama tak dengar cerita pasai isu ni. Ingatkan semua dah lupa atau pun buat-buat lupa. Nasib baik TG Nik Aziz cungkil balik perkara ni. Bila Mursyidul Am sendiri cungkil balik maka ramai la yang sambut.

Aku sebenarnya kesian dengan orang macam Hu Pang Chow. Depa ni memang nampak ikhlas nak tolong PAS, buat jambatan untuk PAS dengan orang cina. Sampai satu tahap aku pernah tengok penggerak kelab penyokong PAS ni ada yang dilihat lebih 'ikhlas' dari sebahagian pimpinan PAS sendri.

Kalau 'kesungguhan' bekerja saja jadi faktor untuk masuk syurga, aku tak heran kalau depa dulu masuk syurga dari aku.

Jadinya, tolong laa.. buat kerja tu biar cepat sikit. Takkan lama sangat untk buat penelitian di Peringkat Pusat tu. Takkan ambik masa lama sangat untuk Majlis Syura Ulama teliti benda tu.

Memang aku setuju benda baru macam tu memang kena lebih teliti, tapi takkan sampai makan tahun. Pada aku kalau sampai tahap makan tahun bukan teliti namanya tapi sebenarnya TAK BUAT KERJA.

Salahuddin bagaimanapun tidak menafikan keperluan kepada mempercepatkan perkara ini. Sebab itu PAS sentiasa mengambil tindakan proaktif dengan menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji tentang struktur, implikasi perlembagaan dan perundangan dalam PAS itu sendiri.

“Jaminan yang diminta itu kita tengok dan kita kaji, kita akan sesuaikan tuntutan mereka bersama dasar perjuangan kita. Sebab itu perlu ada satu jawatankuasa untuk mengkaji tentang perkara ini,” jelas Salahuddin.

Retreat PAS di Alor Setar sebelum ini telah membincangkan dengan terperinci cadangan keahlian bukan Islam ini. Secara dasarnya, peserta yang terdiri dari semua pimpinan utama PAS itu bersetuju menerima ahli bukan Islam sebagai ahli PAS.

Namun, di manakah kedudukan mereka dalam Perlembagaan PAS perlu dikaji dengan teliti. Hasilnya, jawatankuasa khas ditubukan bagi mengkaji cadangan itu.

Pada aku kalau PAS betul-betul serius nak selesaikan benda ni, patutnya dah selesai dah. Salahuddin bagitau Retreat di Alor Setar bincang pasai ni, padahal reatret di Langkawi tahun lepas dah buat keputusan dah,nak bincang apa lagi kalau dah buat keputusan.

Kalau ikut statement TG Nik Aziz kemarin dulu
"Lama sudah buat keputusan (Pas terima ahli bukan Islam), cuma ada yang kata tak sampai masa lagi, tapi saya kata sudah sampai masa (Pas terima ahli bukan Islam) tak perlu buka parti lain (tubuh parti baru bukan berasaskan kaum untuk menyatukan rakyat).

"Allahyarham Zulkifli Mohamad (bekas pemimpin Pas) sudah lama merungut Pas kena terima ahli yang bukan Islam. Sekadar nak sokong tak apa, nak jadi menteri boleh, syaratnya dia mesti faham Islam," katanya selepas melawat projek penanaman padi di Tunjong dekat sini, semalam.


  1. Apa kedudukan bukan Islam sebagai ahli PAS
  2. Bukan Islam mahu tahu hak mereka bila sertai PAS
  3. Pas buka pintu kepada bukan Islam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...