N31 Bagan Pinang : Tahniah Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 07, 2009

N31 Bagan Pinang : Tahniah Umno

Aku awai-awai lagi nak ucapkan tahniah kat Umno pasai belum apa-apa lagi depa patutnya dah ada undi dalam tangan dekat-dekat 8000 undi. Kalau ikut cara Umno BN, depa boleh meudah-mudah ja menang PRK kal ni.

Mana mai dekat 8000 undi tu? Kat Bagan Pinang ni ada kem askar kut. Pasainya ada 5,173 pengundi POS, tak termasuk pegawai SPR yang bertugas masa pilihanraya. Lepas tu pulak kalau ikut data ahli Umno yang aku dapat, ada 2,722 ahli Umno yang boleh mengundi di PRK N31 Bagan Pinang kali ni. Kalau campur dua ni boleh dapat 7895 undi.

Kalau ikut cara Permatang Pasir, aku tak heran kalau undi POS langsung PAS tak dapat. Pasainya PRK Permatang Pasir memang jelas dan terang, Umno gunakan tentera untuk tolong depa kempen.

Sebelum-sebelum ni memang tak nampak penglibatan tentera dalam PRK, kat Bukit Gantang dulu pun tak nampak walaupun Kem Kemunting dekat sangat dengan Bukit Gantang. Jadinya kalau Zahid Hamidi tanpa segan silu, dunakan 'kuasa' dia ke atas tentera ni, memang tak heran laa kalau undi POS dapat semua kat depa. Menang senang-senang la depa menang kali ni.

Kalau tengok keutusan lepas macam gambar kat sebelah tu, apa sangat la kalau takat nak dapat undi macam PRU12 tu. Kacang sangat laa..

Tapi betui ka depa boleh menang mudah? Nanti sat!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...