Himpunan Aidil Fitri Anak Perantauan Pt Buntar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 07, 2009

Himpunan Aidil Fitri Anak Perantauan Pt Buntar

Macam tahun-tahun lepas, insyaallah tahun ni pun DPP Parit Buntar akan adakan majlis "Himpunan Aidil Fitri Anak Perantauan Parit Buntar" termasuk tahun ni dah dekat 10 kali kut DPP buat majlis tahunan ni.

Insyaallah kalau takdak apa-apa aral, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan akan hadir dan akan bagi ucaputama sebagai anak perantauan. Dia ni anak sorang bekas pimpinan PAS Parit buntar, Ckgu Idris Zaini, bekas penolong setiausaha PAS Kawasan yang paling lama.

Aturcara lain aku pun belum tengok lagi. Tapi yang sahehnya akan ada makan, takkan sambutan hari raya takdak makan. Biasanya, selain dari ucapan ringkas, akan ada jugak sessi dialog. Bagi aku sessi ni amat penting untuk 'Anak Perantau' bagi apa-apa input untuk kebaikan PAS Parit Buntar.

Insyaallah aku akan tolong pastikan seboleh mungkin semuapimpinan utama PAS kawasan akan ada di majlis tu untuk sama-sama berdialog dengan 'Anak Perantau'. Kedua-dua YB jugak aku akan pastikan hadir.

Lagi satu, sambutan kali ni dibuat dengan kerjasama Dewan Muslimat. Bukan apa, macam tahun lepas, ramai yang pi program tu dengan bini depa, kesian bini depa, takdak sapa yang layan.

Lagi satu dengan penganjuran bersama ni harap-harapnya kehadiran kali n akan lebih ramai dan lebih meriah. Tambahan pulak sekolah pun cuti seminggu raya kali ni.

Last sekali, aku nak mintak kerjasama, semua anak perantau, kalau boleh, tolong susun cuti raya kali ni, biar boleh sama-sama hadir program ni.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...