Ubbadah bin As-Somit adalah seorang sahabat ansor yang antara terawal memeluk Islam dari kalangan orang Madinah. Beliau berasal dari kalangan Khazraj, dan salah seorang naqib pada malam perjanjian Aqabah yang pertama.
Muhammad bin Kaab Al-Qurazi berkata;
جمع القرآن في زمن النبي صلى الله عليه وسلم خمسة من الانصار: معاذ، وعبادة، وأبي، وأبو أيوب، وأبو الدرداء
Maksudnya;
“lima orang Ansar yang menghimpunkan Al-Quran pada Zaman Nabi SAW, iaitu Muaz, Ubbadah, Ubai, Abu Ayub dan Abu Darda’[1]”
Beliau antara manusia yang tidak suka pemerintah diampu-ampu. Pernah berlaku satu kejadian dalam satu masjid, yang ketika itu didalam masjid tersebut dihadiri Muawiyyah sebagai gabenor Islam di Syam.
Apabila khatib berkhutbah dalam masjid tersebut terlalu sangat memuji Muawiyyah, menyebabkan Ubbadah bin As-Somit bangun dalam keadaan tangannya memegang tanah, lalu dicampakkan ke muka si khatib tersebut.
Baca kseluruhan artikel di blog ni
Komen aku : Jangan pulak lepas ni ada yang berenti jadi blogger pasai nak jadi pembaling tanah yang terkenai pulak. Kena ingat sikit, hangpa tu lebih kurang dengan aku ja, bukannya sahabat nabi, jauh pangang dariapi, ingat sama.