Police investigations into the posting of classified Cabinet papers on the Internet will focus more on where the leak occurred rather than who was responsible for making them public, said Home Minister Datuk Hishammuddin Tun Hussein.
He also warned that the police would even probe ministers if they were suspected to be involved.[link]
Bunyi macam bagus ja Hishamuddin ni, cumanya aku kurang nak percaya apa yang dia kata ni. Kalau dia buat macam dia kata ni memang hebat laa Naib Presiden Umno merangkap Menteri Dalam Negeri ni.
Kalau ikut statement kat atas tu maknanya adakah polis tak akan dakwa RPK, aku rasa bukan tu maksud dia pasai aku yakin sangta depa memang nak cari sebab nak kenakan RPK ni, tambah-tambah dia ni memang berani dan banyak sumber yang bagi kat dia maklumat 'panas' pulak.
Lagi satu Hishamuddin kata akan siasat walaupun yang terlibat tu mungkin seorang menteri. Yang ni pun aku tak berapa nak percaya. Takat siasat mungkin la tapi tindakan hasil siasatan tu aku langsung tak percaya.
Tara mana sangat dia nak berani, tambah-tambah pulak la ni tengah panas PRK Bagan Pinang dan aku yakin lepas habih BaganPinang akan ada lagi PRK kat tempat lain. Kalau dia berani nak buat macam tu memang saja nak cari nahas dalam PRK la.
Jadinya, kita sama-sama tengok ja la jalan cerita 'Gerak Khas' depa dalam cerita PFKZ ni.