Dari N31 Bagan Pinang : Apa janji SPR pada PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 01, 2009

Dari N31 Bagan Pinang : Apa janji SPR pada PAS

Aku baru dapat maklumat dari 'SB PAS' yang ada dalam SPR. Dia kata PAS baru ni ada jumpa dengan SPR. Dia kata pertemuan tu secara keseluruhannya agak positif. Aku pun dah tulis macam tu, pasainya bila ada PRK menang semua mata dok perati, jadinya SPR tak berapa boleh la nak berlagak sangat.


Banyak benda yang dibincangkan tapi SB tu pun tak berapa nak cerita lebih-lebih pasai lepas ni dia kata akan ada lagi perbincangan antara PAS dengan SPR.


SPR masa pertemuan tu berjanji dengan PAS bagi kebenaran untuk polling agent PAS perati masa bagi kertas undi. SPR janji akan sediakan Daftar Pemilih POS. Polling Agent PAS boleh masuk dan memerhati proses tu.


SPR jugak berjanji benarkan Polling Agent PAS perati proses pengundian Undi Pos yang mengundi dalam kem. Kat situ Spr janji kaedah yang sama macam kaedah dipusat pengundian biasa. Ada polling Ageng Pas yang akan garis nama pengundi yang dah mengundi.


Spr jugak berjanji akan kurangkan pusat mengundi Pos dari 8 pusat mengundi sebelum ni, depa berjanji akan kurangkan kepada hanya 3 pusat mengundi saja.


Selain dari tu Spr jugak berjanji nak ubah sikit prosidur pengendalian sampul surat undi Pos. Sebelum ni depa himpun sehingga sampai lebih 50 sampul surat baru karung tu dihantar ke pusat pengumpulan sampul undi pos. Kali ni Spr janji akan hantar karung tu walaupun ada 4 sampul undi pos.


Aku tak berapa nak paham pasai ni prosidur pengendalian sampul surat undi Pos, esok lusa aku nak cari dia lagi, nak bagi clear pasai benda ni. Lagipun aku nak mungkin ada maklumat tambahan pasai katanya lepas ni akan ada pertemuan lagi lepas ni.


Harap-harap Spr tak mungkir janji kali ni. Kata SB PAS dalam SPR tu, semua perkara-perkara tu Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof sendiri yang berjanji.

Cenangau melaporkan 'live' dari Bagan Pinang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...