Ust Asri - Pergi Tak Kembali | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 14, 2009

Ust Asri - Pergi Tak Kembali

Itulah resam hidup, pasti akan mati. Tak kira muda atau tua. Kalau dah sampai masa takkan dilambatkan walau sesaat atau dicepatkan walau sesaat. Itu janji yang pasti. Yang kita tak tau entah bila pulak janji kita nak sampai. Dah ada tertulis tarikh dah cuma kita ja yang tak tau.

Aku terkejut jugak bila online tengok berita ni. Agak lambat jugak aku dapat tau pasai aku memang dah lama tak tengok TV dan dengar radio.

Benda pertama yang mai kat kepala aku bila tau Ust Asri mennggal, aku terus teringat nasihat Ust Asri kat Ust Akil Hayy, aku tak ingat aku baca kat mana, tapi kalau tak silap aku dia nasihat supaya elakkan fitnah.

Antara lagu yang paling lekat kat kepala aku lagu kat bawah ni. Sambil tulis entry ni pun aku pasang lagu ni. Rasa meremang jugak bulu tengkuk, nak buat macamana, memang dah tentu-tentu tak cukup bekalan lagi.



Pergi Tak Kembali
http://liriknasyid.com

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Moga-moga apa yang selalu dia ratibkan melalui lagu ni menatijahkan kebaikan untuk dia di sana.

Sumber gambar
  1. ASRI RABBANI
  2. KTV04


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...