Parti Pakatan Rakyat didaftar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 14, 2009

Parti Pakatan Rakyat didaftar?

Bia baca berita ni aku terkedu sat. Memang patutnya benda macam ni dah lama aku fikir. Tapi sampai hari ni bila idea ni mai dalam kepala otak aku aku akan cepat-cepat abaikan. Takkan depa buat keputusan masa ni, kat program tu pulak, tiba-tiba pulak tu.

Aku pun taktau nak kata macamana, tapi sampai hari ni aku masih tak boleh nak terima konsep ni. Pasainya bagi aku secara peribadi, PAS adalah satu-satunya parti yang setakat ni aku sanggup bagi wala' aku, tu pun wala' aku memang selama ni pun memang bersyarat. Selagi aku tak betui-betui paham pasai apa kena wala', aku takkan wala'.

Aku bukan jenih yang 'kami dengar dan kami taat'. Pada aku pimpinan PAS cuma pimpinan Parti yang tak sama dengan pimpinan Daulah. Kalau pimpinan Daulah insyaallah aku boleh guna konsep tu. Orang lain aku taktau tapi setakat ni tu yang aku faham.

Aku sampai setakat ni tak yakin langsung aku boleh wala' dengan 'Parti Pakatan Rakyat' ni, kalau tu yang ada dalam pikiran pimpinan PAS yang hadir dalam program tu. Aku harap pemikiran dan pemahaman orang macam aku ni pimpinan ambik maklum masa buat keputusan besar macam ni.

Kalau betui keputusan tu dah dipersetujui pimpinan PAS yang katanya 30 orang yang hadr program tu macam yang dilaporkan Harakahdaily, aku harap persetujuan depa tu bersyarat.

Pasainya benda ni benda besar. Keputusan macam ni pada aku bukan boleh dibuat pimpinan saja-saja. Kalau ikut 'semangat' yang aku faham masa Muktamar PAS tahun lepas di Ipoh, perkara macam ni kena diputuskan dalam Muktamar Khas. Kuasa tentukan benda-benda tahap besar macam ni kena dapat mandat Muktamar.

Pada aku konsep tahalufsiasi tak berapa nak boleh pakai untuk bersama 'Parti Pakatan Rakyat'. Yang aku paham la. Tapi kalau pimpinan berpendapat konsep tu masih selari atau ada konsep lain yang selari, pada aku wajib ada sessi penerangan lain. Kena bagi paham orang-orang macam aku apa nas, qias dan hujjah yang kita nak guna kali ni.

Artikel berkenaan dan sumber gambar
  1. Bengkel putuskan daftar Pakatan Rakyat
  2. Barisan Alternatif > Barisan Rakyat > PAKATAN RAKYAT!!! ("People Alliance")


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...