Esok merdeka ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 30, 2009

Esok merdeka ka?


Memang tahun ni lagi teruk dari tahun lepas. Kalau tahun lepas ada jugak aku teringat seminggu dua sebelum tapi kali ni langsung tak teringat. Aku boleh tanya anak saudara aku cuti apa pulak hari Isnin. Punya la takda rasa suasana. Tambah pulak bulan puasa, lagi la tak terasa, tak terasa langsung suasana nak sambut merdeka tahun ni.

Kemarin aku sempat singgah sat Pekan Parit Buntar. Tujuan semata-mata nakkra ada berapa kedai yang kibar bendera. Memang akudah aga sambutan kali ni suram, tapi tak sangka setakat semalam langsung aku tak jumpa sehelai pun bendera d kibar di deret rumah kedai.

Mungkin jugak awai lagi, semalam baru 29, harini 30, esok baru 31. Mungkin esok baru depa nak pasang, mungkin jugak, tapi aku rasa depa memang tak berminat nak pasang kali ni.

Pasai apa depa malas pasang. Pasai apa tak ramai yang bersemangat nak pasang bendera Jalur Gemilang, tak macam dulu-dulu. Pada aku masa paling semangat pasang bendera masa merdeka, masa tun 1998. Tahun tu orang ramai bukan takat sanggup beli tapi ramai yang sanggup curi.

Aku ingat lagi abang aku pernah merungut kat aku, dia tah 3 kali beli bendera kecik yang dia pasang kat depan van dia, dah 3 kali orang curi, sekali tu hilang masa pi sembahyang Jumaat. Punya semangat nak pasang bendera sempena merdeka.

Orang-orang yang semangat pasang bendera tahun tu ramai lagi yang masih hidup tahun ni, tapi pasai apa tahun ni macam jugak 2, 3 tahun lepas, depa tak semangat nak pasang. Takkan sebelum ni depa paham tapi la ni depa tiba-tiba jadi tak paham.

Aku rasa depa rasa tertipu dengan Umno BN. Memang selama ni Umno BN dah rampas sambutan kemerdekaan jadi milik depa. Umno buat acara tu macam depa punya. Sampai tahap ada yang jadikan tahap sambutan hadi merdeka sebagai 'indicator' sambutan kepada Umno BN. Jadinya orang yang tak suka dengan Umno tak mau joint sambut merdeka pasai takmau dilabel menyokong kerajaan Umno BN.

Sampai tahap tu depa tak mau terlibat dengan Umno, tak sambut merdeka pun tak pa. Aku sendiri pernah sekali kena marah dengan orang kampung aku pasai aku penaik bendera Jalur Gemilang kat tiang bendera tepi surau depan rumah aku.

Mau dia tak marah, aku peturun bendera Bulan, lepas tu aku penaik bendera Jalur Gemilang. Jenuh jugak la panjang lebar cerita kat dia baru dia paham pasai apa aku penaik bendera Jalur Gemilang. Tu pun dia tetap tak puas hati sampai la aku penaik sama bendera Bulan di bawah bendera Jalur Gemilang tu.

Aku sebenarnya tak berniat nak tulis panjang, aku niat nak ucapkan

"Selamat Menyambut Hari Merdeka"
"Selamat Menyemai Petriotik Dalam Jiwa"






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...