PRK DUN Perak? - Seminggu tempoh bantahan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 21, 2009

PRK DUN Perak? - Seminggu tempoh bantahan

Bernama melaporkan
SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Kedua 2009 mulai esok hingga 27 Julai ini di 994 tempat di seluruh negara.

Menurut SPR dalam kenyataan di sini Isnin, dalam tempoh urusan pendaftaran dari April hingga Jun tahun ini, Malaysia telah menerima 75,808 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 18,630 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Para pemohon yang telah mendaftar sebagai pemilih baru atau membuat pertukaran alamat pusat mengundi boleh menyemak senarai tersebut di pejabat pilihan raya negeri (14 tempat), pejabat pos berkomputer (457 tempat), kompleks atau pejabat kerajaan (101 tempat), pejabat daerah atau pejabat tanah (153 tempat), majlis daerah atau perbandaran (49 tempat), dewan serbaguna, rukun tetangga, balai raya, balai penghulu dan dewan orang ramai (190 tempat) dan lain-lain (31 tempat).

Sehubungan dengan itu mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang membuat pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan supaya menyemak senarai tersebut di tempat masing-masing.

Bagi pemilih yang tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dan membuat bantahan menggunakan Borang C, kemudian diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh senarai dipamerkan.

SPR juga mempamerkan nama pemilih yang terkeluar senarai disebabkan kelucutan hak warga negara, bersara daripada Angkatan Tentera atau Polis, meninggal dunia dan yang telah hilang kelayakan sebagai pemilih.

-- BERNAMA

Sapa-sapa yang jadi PPS, jangan buat-buat lupa, jangan sebuk hari-hari sembang suruh bubar DUN Perak, tapi kerja haram tak buat. Pasai tu la aku tak setuju bubar DUN Perak pasai kerja aku tak buat!!! Ha ha ha ha

Mana-mana orang PAS kat perak yang tak pernah lagi rasa ada wakil rakyat dan teringin nak merasa lepas ni, kena buat kerja kali ni. Takat sembang pung-pang pung-pang kat kedai kopi ja tak jadi!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...