Manek Urai : Umno riuh pasai tak sign borang 14 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 20, 2009

Manek Urai : Umno riuh pasai tak sign borang 14

Umno bercadang nak buat bantahan kat mahkamah pilihanraya, pasai depa kata patutnya depa yang menang PRK Manek Urai. Depa kata SPR tersilap kira.

Malaysian Insder melaporkan
Umno Kelantan akan mengemukakan bantahan di mahkamah ekoran rasa tidak puashati mereka dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) N41 DUN Manek Urai Julai 14 lalu.

Bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah, mendakwa terdapat kesilapan dalam penjumlahan kiraan undi bagi peti undi Manek Urai Lama.1

Yang menariknya dilaporkan jugak
Menurut Wan Zaid, pengiraan undi bagi peti undi Manek Urai Lama menunjukkan BN memperolehi 1,008 undi manakala PAS 708 dan undi rosak 19.

Dari jumlah berkenaan, beliau mendakwa, majoriti diperolehi BN adalah 289 undi. Bagaimanapun pada pengumuman pada malam penjumlahan dicatatkan 189 undi.

Katanya semasa pengiraan undi di peti undi berkenaan agen BN telah membuat kesilapan kerana tidak menandatangani kertas pengesahan pengiraan. 1

Ada dua benda yang menarik dalam berita ni. Yang pertama tak pernah aku dengar sebelum ni Umno riuh pasai borang 14. Selalunya istilah borang 14 ni popular dikalangan pembangkang ja. Bila lepas habih pilihanraya mesti kecoh punya. Macam² cerita, yang paling polular Ketua Tempat Mengundi(KTM) tak mau bagi kat agen PAS. Pernah aku dengar cerita sampai ada PACA PAS yang cekak tengkoq KTM baru dia mau bagi borang 14. Yang selalunya banyak kes PACA lupa nak mintak sign borang 14 pasai terlalu seronok pasai menang.

Aku ingat lagi PRU lepas kat Parit Buntar, ada sorang PACA tak hantar borang 14, punya la mengamuk orang bilik gerakan, aku rasa kalau masa tu member tu pi sana, silap² boleh makan penampaq.

Kalau ikut menber² yang pernah jadi PACA, PACA dari BN tak kisah pun pasai borang 14 ni. Bila PACA PAS mintak baru la depa pun sebuk kata nak jugak satu salinan. Tapi kali ni di PRK Manek Urai dah jadi terbalik pulak. Umno pulak riuh pasai PACA depa lupa nak mintak 'pengesahan' borang 14.

Selama ni memang Umno tak heran pasai borang 14 ni, nak heran apa kalau KTM yang tolong depa bab ni dan memang biasa berlaku Umno kecoh guna borang 14 ni, dah tentu la 'malaun' utama dia KTM pusat mengundi tu.

Lagi satu yang menarik laporan ni bila tengok pasai angka. Kalau banding dengan keputusan yang aku dapat dari sini memang beza la. Aku salin balik macam dalam jadual kat bawah. Ok, terang dan jelas.

Manik Urai LamaPASBN
Saluran 1144167
Saluran 2181277
Saluran 3198238
Saluran 4196226
Jumlah719908
Majoriti189


Cuba perati pulak dengan apa yang Malaysia Insider laporkan Wan Zaid kata. Umno sebenarnya dapat 1008, maksudnya bertambah 100. PAS pulak dapat 708 maksudnya berkurang 11. Jadinya beza majoriti 189+100-11=300. Ait!! Kalau, kalau guna terus undi BN tolak undi PAS, 1008-78=300. Chais!! Mengarut sungguh. Aku taktau sapa yang silap, Buat penat ja, sungguh² aku kira sambil tulis. Buang masa sungguh.

Jadinya, aku harap wartawan Mohd Zuharman berkenaan tolong check balik angka tu!!!



Artikel rujukan
  1. Manek Urai: Umno akan buat bantahan di mahkamah
  2. DATA PENGUNDI PRK N41 MURAI PECAHAN IKUT SALURAN




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...